MAIM sumbang 3,000 kit keperluan asas untuk pesakit di PKRC MITC

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

AYER KEROH 12 Okt – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyumbangkan 3,000 kit keperluan asas bagi meringankan beban pesakit COVID-19 di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) MITC.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wira Md Rawi Mahmud berkata, sebanyak RM186,000 diperuntukkan bagi tujuan itu yang mula diedarkan di PKRC MITC bermula Ogos lalu.

Katanya, bantuan kit itu disalurkan secara berperingkat sehingga hujung tahun ini dan ia akan diteruskan sekiranya terdapat keperluan atau pertambahan jumlah pesakit COVID-19 di PKRC berkenaan.

“Setakat ini, kita sudah menyumbangkan 1,650 kit keperluan asas ini di PKRC MITC dan sumbangan ini akan diteruskan sehingga hujung tahun.

“Kita berharap sumbangan ini dapat memberikan kemudahan kepada pesakit kerana kita tahu ada juga yang dikuarantin tidak berkemampuan untuk membawa keperluan asas sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan 550 kit keperluan asas untuk bulan ini di PKRC berkenaan.

Hadir sama, Setiausaha MAIM Muhammad Ikram Ibrahim dan Pengarah PKRC MITC, Dr Abdul Karim Abdul Rahman.

Dalam pada itu, Md Rawi berkata, selain bantuan kepada PKRC, pihak MAIM turut bergerak aktif menyalurkan sumbangan kit makanan kepada rakyat Melaka yang terkesan sejak pandemik COVID-19 melanda.

Menurut beliau, sebanyak 24,000 kit makanan kering telah disediakan sepanjang tempoh ini yang disalurkan terus ke pejabat JAPERUN, masjid dan persatuan penduduk.

“Selain itu, orang ramai juga boleh datang terus ke bilik gerakan MAIM sekiranya menghadapi kesukaran dan memerlukan sumbangan kit makanan sepanjang tempoh ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

622
Kongsi :
Previous post Cadang wujud Melaka Agro Market di 28 JAPERUN – Ghazale
Next post Jambu lohan diangkat sebagai ikon baharu Melaka – Ghazale
Ubah saiz-+=