Jangan paksa pekerja positif COVID-19, kontak rapat hadir bekerja – EXCO

Masa Membaca:56 Saat

AYER KEROH 12 Feb – Majikan di negeri ini diberi amaran keras untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) tempat kerja yang telah ditetapkan sepanjang musim peningkatan kes COVID-19.

EXCO Kesihatan Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, antara ketetapan ialah kesemua pekerja yang disahkan positif COVID-19 berserta kontak rapat adalah tidak dibenarkan bekerja dan perlu melalui tempoh kuarantin ditetapkan.

Selain itu, katanya, majikan juga perlu melapor keputusan COVID-19 pekerja kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) yang ditetapkan.

“Saya ingin memberi amaran sekeras-kerasnya kepada semua majikan yang tidak mengikuti SOP tempat kerja yang telah ditetapkan.

“Kesemua pekerja yang positif dan kontak rapat mereka tidak dibenarkan bekerja dan wajib untuk dikuarantin. Semua keputusan positif (COVID-19) wajib dimaklumkan kepada PKD berdekatan.

“Kegagalan pihak majikan untuk mematuhi peraturan ini kita akan ambil tindakan yang sekeras-kerasnya,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasminya.

Dalam pada itu, beliau turut meminta mana-mana pekerja yang dipaksa bekerja untuk memaklumkan kepadanya atau PKD berdekatan bagi menjalankan siasatan dan seterusnya mengambil tindakan.

“Ini adalah tanggungjawab kita semua untuk memastikan COVID-19 ini dapat dikawal,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

850
Kongsi :
Previous post KASA kenal pasti langkah mitigasi banjir seluruh negara
Next post COVID-19: 22,809 kes baharu, kes kumulatif melebihi tiga juta
Ubah saiz-+=