Jenazah wanita maut ditembak di Johor selamat dikebumikan

Masa Membaca:54 Saat

HULU TERENGGANU 10 Mac. – Jenazah wanita yang maut ditembak di Taman Saujana, Kota Tinggi, Johor 1 Mac lalu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Telaga, di sini, kira-kira 5.30 pagi tadi.

Terdahulu, jenazah ibu kepada dua anak berusia 38 tahun itu dibawa pulang dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru malam tadi dan tiba di kampung halamannya itu kira-kira 4.15 pagi.

Bagaimanapun, usaha media untuk mendapatkan reaksi keluarga gagal berikutan masih bersedih dengan kejadian malang itu.

Jumaat lalu, media melaporkan misteri kehilangan seorang wanita akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemukan dengan tragis di dalam sebuah tong air yang tertanam di sebuah ladang di Bandar Penawar, kira-kira 30 kilometer dari tempat kejadian, sekitar jam 4.30 pagi pada hari kejadian.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dilaporkan berkata suami mangsa berusia 43 tahun menjadi suspek utama dipercayai menembak isterinya secara dekat, menggunakan senapang angin ketika sedang tidur di rumahnya.

Kes berkenaan dipercayai bermotifkan cemburu dan polis juga menjumpai surat tuntutan fasakh di rumah berkenaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

405
Kongsi :
Previous post Perbelanjaan awam bagi rawatan penyakit buah pinggang makin meningkat
Next post 195,923 individu divaksin setakat semalam- Dr Noor Hisham
Ubah saiz-+=