JKM perkasa program ilmiah kesihatan mental pelajar sekolah – Exco

Masa Membaca:59 Saat

AYER KEROH 1 Ogos – Unit Kaunseling di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka akan memperbanyakkan lagi program ilmiah mengenai kesihatan mental melibatkan pelajar sekolah.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Nordin berkata usaha itu bagi memberi pendedahan kepada pelajar sekolah dalam mencegah golongan itu terlibat gejala tidak sihat.

Katanya, program yang akan dilaksanakan melibatkan semua pelajar dan usaha itu juga bagi membendung pelajar dari terjejas kesihatan mental mereka.

“Saya minta guru-guru untuk cakna perkembangan murid dan pelajar di sekolah, begitu juga unit kaunseling di sekolah.

“Di peringkat JKM, kita akan perkasakan lagi program-program kaunseling melibatkan pelajar sekolah bertujuan membendung dari gejala menjejaskan mental pelajar.

“Kita jadikan kes atau situasi yang pernah terjadi di Melaka baru-baru ini melibatkan pelajar sekolah yang menerima rawatan psikiatri mengambil keputusan bunuh diri dan sebagainya di mana kita tidak mahu lagi perkara buruk seperti itu berulang di Melaka amnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Program Kibar Jalur Gemilang Peringkat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Melaka Tahun 2023 di Laman Mekar Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah JPN negeri, Norazlee Sulaiman.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1787
Kongsi :
Previous post Wujudkan pangkalan data longkang tanah – Exco
Next post Jualan Rahmah dua kali sebulan di setiap parlimen
Ubah saiz-+=