JKN Melaka kenal pasti kontak rapat kluster PUI Novgorod

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

AYER KEROH 14 Julai – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka hari ini mengenapalsti kontak rapat pesakit di bawah pemantauan (PUI) Novgorod di sebuah industri teknologi yang berpengkalan d Batu Berendam.

Ia susulan Melaka semalam kembali ke Zon Kuning selepas merekodkan satu kluster jangkitan baharu Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman berkata, JKN sedang mengenalpasti kontak rapat kluster jangkitan baharu itu yang dipercayai berpunca dari Negara Russia.

“Pesakit tersebut adalah bapa kepada seorang pesakit yang merupakan antara kluster pertama yang telah melakukan kontak rapat sebaik dikesan masuk ke negara ini.

“Pesakit tersebut (anaknya) telah melakukan kontak rapat dengan pesakit kes kluster pertama PUI Novgorod. Dia telah bersama rakannya yang dijangkiti di dalam pesawat sebaik pulang ke Malaysia pada 5 Julai lalu.

“Rakannya telah disahkan positif pada hari sama sebaik saringan dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan terus dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

“Bagaimanapun, dia menerima gejala Covid-19, dua hari selepas pulang (7 Julai) dan pada saringan ulangan mendapati disahkan positif Covid-19.

“Sebaik disahkan positif, lima ahli keluarga, telah menjalankan saringan dan mendapati bapa kepada pesakit turut disahkan positif Covid-19 akibat kontak rapat telah menjadikannya kes ketiga kluster PUI Novgorod.

“Hari ini kita sedang menjejaki (mana-mana individu lain yang pernah bertemu bapa pesakit) bagi melaksanakan ujian saringan Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Melaka Hari Ini (MHI), hari ini.

Pada masa sama, Rahmat menegaskan kepada mana-mana individu yang baharu pulang dari mana-mana negara agar mematuhi setiap prosedur operasi standard (SOP) keselamatan yang telah ditetapkan.

Katanya, langkah menjalankan kuarantin sendiri di rumah amat penting bagi mengelakkan sebarang masalah.

Views:

303
Kongsi :
Previous post Tidak mengaku sumbang mahram adik kandung
Next post Op Benteng : 14 PATI bertempiaran lari elak dicekup
Ubah saiz-+=