
JPJ Melaka lelong 30 kenderaan sita selepas Aidilfitri
BUKIT KATIL 25 April- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka akan mengadakan lelongan awam melibatkan 30 kenderaan hasil sitaan bahagian penguatkuasaan pada 18 Mei depan.
Pengarahnya, Muhammad Firdaus Shariff berkata lelongan tersebut akan membabitkan 21 kenderaan yang boleh didaftarkan dan sembilan kenderaan termasuk empat motosikal skrap.
Katanya, menerusi lelongan awam ini, antara yang menjadi tumpuan adalah kereta jenis Honda Civic FD K20 dengan harga bermula RM 11,900.

“Bagi lelongan harga terendah membabitkan kereta Proton Saga dengan harga lelongan serendah RM 337.50.
“Dokumen lelongan kenderaan berkenaan berharga RM50 mula dijual pada 5 Mei depan di JPJ Bukit Katil dan hanya pembeli buku dokumen berdaftar sahaja dibenarkan masuk untuk bidaan.
“Lelongan akan dibuat secara bersemuka di kawasan tempat letak kenderaan di JPJ Bukit Katil,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media Ops Hari Raya Aidilfitri 2022 di pejabatnya di sini hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: PERTEMBUNGAN DUA PENJURU DI N04 LENDU
LENDU 31 Oktober - Dua pencalonan diterima Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi persaingan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N04...
BALAI SENI LUKIS BAWA 48 KARYA GAMIT MEMORI, WARISAN MASYARAKAT FELDA
BANDA HILIR 31 Oktober - Sebalik warna, tekstur dan bentuk hasil seni dipamerkan tersirat kisah kehidupan, memori serta trasformasi masyarakat...
PRN MELAKA: MERLIMAU SAKSI PERTEMBUNGAN DUA PENJURU
MERLIMAU 31 Oktober - Persaingan merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 menyaksikan...
PRN MELAKA: DUA PENJURU DI DUN DUYONG
DUYONG 31 Oktober - Persaingan merebut kerusi N21 Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16...
PRN MELAKA: SAINGAN TIGA PENJURU DI SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 31 Oktober - Persaingan merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka...
ASAHAN GAMAT DENGAN KEHADIRAN 1,000 PENYOKONG BN
ASAHAN 31 Oktober – Kibaran bendera parti, sorakan penyokong dan kehadiran kira-kira 1,000 penyokong Barisan Nasional (BN) mencetuskan suasana meriah...

One thought on “JPJ Melaka lelong 30 kenderaan sita selepas Aidilfitri”
Comments are closed.