
JPN Melaka perkasa program turun padang bantu rakyat
AYER KEROH, 17 Ogos – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Melaka akan memperkasakan program turun padang untuk membantu masalah-masalah membabitkan urusan dokumentasi rakyat.
Pengarahnya Norazle Sulaiman berkata, pihaknya akan bergerak bersama-sama pemimpin kawasan, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan pertubuhan bukan kerajaan untuk membantu orang ramai yang ada masalah, namun mempunyai kekakangan untuk ke pejabat.
Jelasnya bantuan itu termasuklah melibatkan pesakit terlantar, orang kelainan upaya (OKU) dan lain-lain masalah sentiviti yang melibatkan rakyat negeri ini.
“Inisiatif turun padang ini sudah lama kita buat, cuma sekarang untuk yang terbaharu kita akan cuba perkasakannya lagi ke seluruh negeri.
“Kita sedar melalui usaha ini kita dapat membantu menjadi pemudahcara menyelesaikan masalah-masalah rakyat terutama bagi mereka yang menghadapi masalah untuk ke pejabat atau cawangan kami,” katanya ketika ditemui dalam majlis pelancaran Kempen Kibaran Jalur Gemilang 2020 di Kompleks KDN Melaka, di sini.
Mengulas lanjut, katanya, JPN Negeri Melaka kini mempunyai enam buah pejabat atau cawangan di seluruh negeri Melaka, termasuklah di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Sungai Rambai.
Views:
Related

Berita Lain
1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG: SEMAI PERASAAN BANGGA, CINTAKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka akan digerakkan bagi menjayakan kempen '1 Rumah 1 Jalur...
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...

