
Kaji taraf perjawatan penjawat awam Melaka
SERI NEGERI 13 Mac – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam meminta agar Kerajaan Negeri memberi perhatian terhadap penjawat awam di Melaka yang menjadi tulang belakang negeri.
Beliau berharap Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dapat mengkaji semula perjawatan dan kebajikan penjawat awam dengan mengambil kira pengalaman yang dicurahkan.
“Penjawat awam, sama ada peringkat pegawai atau kumpulan pelaksana adalah hero yang tidak didendangkan bermula daripada menggubal dasar, melaksanakan dan memantau pencapaian demi mencapai hasrat dan tujuan merialisasikan hasrat Negeri Melaka sebagai negeri lestari.
“Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga penjawat awam, yang merupakan tulang belakang Kerajaan Negeri yang telah bertungkus-lumus melaksanakan amanah dan menyumbang bakti,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian pembukaan Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri di Seri Negeri di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KITA PASTIKAN TANJUNG BIDARA MENJADI TERMASYHUR SEMULA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 9 November - Sejak menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh melaksanakan...
TOK RAUF MAHU GEN Z BERSAMA-SAMA WARNAI MASA DEPAN MELAKA
TANJUNG BIDARA 9 November – Lebih 300 anak muda dalam kalangan Generasi Z (Gen Z) memeriahkan Program Santai Anak Muda...
TERKEJUT TIKET MELAKA RIVER CRUISE CUMA RM10, PELANCONG RASA BERBALOI
BANDAR HILIR 8 November - Tawaran tiket Melaka River Cruise pada harga RM10 menerusi inisiatif Melaka Bila Larut Malam bukan...
PRN MELAKA: ANAK MUDA PERLU DISANTUNI, BUKAN DITEKAN – RAIS
SUNGAI UDANG 8 November - Anak muda perlu diberi ruang membuat penilaian sendiri terhadap calon yang bertanding pada Pilihan Raya...
PRN MELAKA: WAKIL RAKYAT LAMA PERLU BAWA IDEA DAN PEMBAHARUAN BAHARU – AB RAUF
BANDA HILIR 8 November - Wakil rakyat yang telah lama berkhidmat perlu tampil dengan idea dan pendekatan baharu bagi memastikan...
KEMAJUAN PEMBINAAN JETI MICT CAPAI 40 PERATUS – AB RAUF
KOTA LAKSAMANA 8 November Pembinaan Jeti Terminal Kapal Pesiar Antarabangsa Melaka (MICT) di Pulau Melaka kini mencapai kemajuan 40 peratus....
