Kampung, Taman paling ‘Ceria Raya’ berpeluang menang RM5,000

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

AYER KEROH 5 April – Kampung atau Taman Perumahan paling ceria dengan hiasan bertemakan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Sambutan Ulang Tahun ke-19 Bandaraya Melaka Bersejarah berpeluang memenangi wang tunai berjumlah RM5,000.

Wang tunai itu ditawarkan menerusi pertandingan Ceria Raya Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-19 Bandaraya Melaka Bersejarah, anjuran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Penyertaan dibuka dari 5 hingga 20 April depan dan tiada sebarang bayaran dikenakan selain terbuka kepada penempatan dibawah pentadbiran MBMB sahaja.

Hadiah menarik menanti pemenang tempat ke-10 hingga johan pertandingan dan untuk penyertaan boleh melayari msdesk.mbmb.gov.my/spacepe.

Setiap penyertaan perlu melalui Persatuan Penduduk yang telah berdaftar dengan Jabatan Pertubuhan Pendaftaran atau Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

Semua penyertaan mestilah disokong Ahli Majlis kawasan dan diperakukan oleh Setiausaha JAPERUN masing-masing.

Segala bentuk hiasan adalah bebas dan tidak menyentuh isu perkauman, atau isu sensitif, tidak mencemarkan imej MBMB serta kerajaan negeri.

Segala kos persiapan pertandingan adalah ditanggung oleh peserta sendiri dan perlu melaporkan persiapan kepada juri semasa penilaian dijalankan.

Tempoh penjurian adalah mulai 26 hingga 30 April depan.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi urusetia pertandingan di Wasap.my/+60169160538/ceriaraya atau Wasap.my+60143983787/ceriaraya

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1658
Kongsi :
Previous post Malaysia runding dengan negara-negara lain supaya iktiraf sijil vaksinasi MySejahtera
Next post Imam luar mesti dapat kelulusan MAIM – KM
Ubah saiz-+=