Karnival Penjana Kerjaya Perkeso: 1,073 pemohon ditawarkan pekerjaan

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

AYER KEROH 19 Ogos – Seramai 1,073 individu telah ditawarkan pekerjaan selepas sesi temu duga jawatan kosong di Karnival Penjana Kerjaya PERKESO, hari ini.

Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Melaka Abd. Razak Omar berkata, karnival dua hari diadakan di Dewan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) menerima sambutan seramai 4,347 kehadiran seluruh negara,

Jelasnya, jumlah berkenaan hanya menerima kelulusan terus dari pekerjaan yang ditawarkan pada karnival berkenaan malah akan terus meningkat kira-kira 800 pemohon yang turut akan menerima kelulusan pada sesi temu duga berikutnya.

“Hasil daripada jumlah terbabit kira-kira 20 peratus pekerjaan yang diluluskan adalah daripada pemohon dari luar Melaka dan ini mampu memberi peluang mereka daripada dibelenggu pengangguran.

“Sambutan yang tidak di duga ini menerima sambutan dari pelbagai negeri terutama dari Johor, Perak, Terengganu.

“Program yang diadakan ini mampu memberi manfaat khususnya kepada anak muda yang memerlukan pekerjaan disebabkan terkesan daripada pandemik COVID-19,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini, petang tadi.

Menurut Abd. Razak, karnival yang julung kali diadakan tersebut menerima sambutan menggalakkan, malah akan menyasarkan lebih banyak acara seperti itu menerusi kerjasama pelbagai agensi dan majikan pada masa akan datang.

“Secara keseluruhan PERKESO amat berpuas hati dengan karnival yang diadakan dan perkara ini sekali gus mampu mengurangkan kadar pengangguran di negara ini.

“Terima kasih kepada kerajaan negeri dan agensi serta majikan yang terlibat dalam menjayakan program seperti ini yang mampu memberi manfaat rakyat lebih-lebih lagi dalam menjana ekonomi selepas pandemik COVID-19,” katanya.

Views:

584
Kongsi :
Previous post Bekerja sambil belajar bukan perkara mudah
Next post 300 jemaah hadir sambutan Maal Hijrah di Masjid Al-Azim
Ubah saiz-+=