Katalog Perundangan Negeri Melaka dilancarkan secara rasmi

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

AYER KEROH 19 Mac – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali hari ini menyempurnakan pelancaran Katalog Perundangan Negeri Melaka, bertempat di Auditorium, Seri Negeri, di sini.

Sulaiman berkata, penerbitan katalog berkenaan adalah inisiatif bersama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka dalam melaksanakan program Amalan Baik Peraturan (GRP) di negeri ini.

Katanya, katalog tersebut mengandungi senarai perundangan yang terdapat di negeri ini di bawah seliaan pihak berkuasa negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang merangkumi perundangan utama (enakmen dan ordinan) dan perundangan subsidiari (undang-undang kecil, perintah, kaedah dan peraturan).

“Diharapkan melalui penghasilan katalog ini dapat membantu pihak kerajaan negeri mengenal pasti peluang penambahbaikan kualiti peraturan seiring keperluan masa kini dan teknologi serta meningkatkan ketelusan dan tadbir urus kawal selia peraturan negeri ini,” katanya.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Dr Hasim Hasan, Penasihat Undang-undang Negeri Datuk Mohammad Abazafree Mohd Abbas dan Ketua Pengarah MPC Datuk Abdul Latif Abu Seman.

Dalam majlis sama, Sulaiman turut menyaksikan lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) membabitkan 52 kakitangan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka.

Lafaz ikrar itu antara usaha kerajaan negeri dalam mewujudkan perkhidmatan adil, telus dan bebas gejala rasuah serta salah guna kuasa.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

721
Kongsi :
Previous post Pengurus pertubuhan Ikram didakwa bunuh rakan sekerja
Next post Tunggu laporan JPM, tanam semula pokok bakau di Tanjung Tuan
Ubah saiz-+=