Kebuniti bantu komuniti jana pendapatan melalui pertanian bandar

Masa Membaca:55 Saat

SERKAM 4 Julai – Program Kebuniti yang diumumkan di bawah Pakej Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) diharap dapat membantu komuniti menjana pendapatan melalui program pertanian bandar.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, program dengan peruntukan sebanyak RM10 juta itu disasarkan untuk memberi manfaat kepada 800 komuniti dan 12,000 individu seluruh negara.

“Melalui Kebuniti atau program berkebun dalam komuniti ini, kita akan beri peruntukan sebanyak RM50,000 maksima kepada komuniti dan RM500 kepada individu.

“Bantuan tersebut adalah dalam bentuk bimbangan teknikal, bantuan peralatan, benih, baja, dan sebagainya.

“Kita harap program ini bukan sahaja dapat memastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi, bahkan sedikit sebanyak dapat membantu komuniti menjana pendapatan sampingan melalui pertanian bandar ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke tapak projek Kebuniti di Taman Pulai Indah, di sini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah dan  Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Datuk Norhizam Hassan Baktee.

Dalam lawatan itu, Ronald turut menyerahkan dana berjumlah RM50,000 kepada Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Pulai Indah bagi mengusahakan tanaman fertigasi dan hidroponik.

Views:

611
Kongsi :
Previous post Pengurusan bencana perlu dikendalikan bersepadu supaya lebih efisyen
Next post Program Kebuniti: RM900,000 buat rakyat Melaka
Ubah saiz-+=