Program Kebuniti: RM900,000 buat rakyat Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

JASIN 4 Julai – Kejayaan penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Tehel menggunakan kawasan sedia ada sebagai lokasi kebuniti perlu menjadi contoh kepada komuniti lain.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, usaha itu perlu diperluaskan khususnya di Melaka supaya lebih ramai komuniti dan agensi kerajaan terlibat dalam program tersebut.

Menurutnya, penduduk PPR Tehel telah mengusahakan tanaman secara konvensional dengan menggunapakai kompos yang diusahakan sendiri penduduk setempat.

“Kompos yang diperbuat daripada bahan terpakai dan sisa makanan ini juga turut melibatkan SWCorp.

“Bukan saja penggunaan kompos yang dibuat sendiri, malah pasar tani juga diwujudkan bagi memasarkan hasil dari kebuniti kepada penduduk dengan harga mampu milik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Walkabout dan Sesi Engagement Bersama PPR Tehel di PPR Tehel, hari ini.

Ujarnya, kejayaan itu usaha penduduk setempat dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), SWCorp, serta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan khususnya Jabatan Pertanian.

“Hari ini saya menyaksikan kejayaan penduduk PPR Tehel yang guna kawasan yang ada sebagai lokasi kebuniti.

“Sebagai lonjakan bagi program ini, kementerian memberi peruntukan sebanyak RM900,000 bagi rakyat Melaka melalui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA),” katanya.

Ronald berharap peruntukan itu dimanfaatkan seluruh rakyat Melaka seperti yang direalisasikan di PPR Tehel yang dijadikan contoh untuk kawasan lain di Negeri Melaka.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Norhizam Hassan Baktee.

Views:

513
Kongsi :
Previous post Kebuniti bantu komuniti jana pendapatan melalui pertanian bandar
Next post 124,988 peserta terlibat dalam pertanian bandar sejak 2014 – Ronald Kiandee
Ubah saiz-+=