
Kedai peralatan elektrik, perabot di Bachang terbakar 80 peratus
PENGKALAN BATU 2 April – Dua buah kedai di Jalan Tun Perak Bachang, di sini, terbakar 80 peratus dalam kejadian petang tadi.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 4 petang itu melibatkan sebuah kedai barangan elektrik dan sebuah kedai perabot.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.19 petang dan tiba enam minit kemudian.
Katanya, seramai 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah serta Tangga Batu digerakkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi didapati benar berlaku kebakaran melibatkan dua buah kedai iaitu kedai peralatan elektrik dan kedai perabot berkeluasan 40×60 kaki persegi.
“Didapati anggaran 80 peratus kedai berkenaan terbakar dan operasi tamat kira-kira jam 6 petang selepas didapati tiada kemerbahayaan di lokasi.
“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih disiasat,” katanya dalam satu kenyataan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
SORAKAN TAK RUNTUHKAN BUKIT, JENTERA BN JANGAN LEKA
AYER KEROH 21 Oktober - Barisan Nasional (BN) Melaka mengingatkan seluruh jentera parti supaya tidak leka dengan sorakan dan semangat...
RAKYAT MAHU PEMIMPIN BEKERJA, BUKAN SEKADAR TABUR JANJI
AYER KEROH 21 Oktober - Rakyat hari ini semakin matang menilai kepimpinan dan tidak lagi mudah terpengaruh dengan janji manis,...
ORANG BERI AMBIL, UNDI SIAPA ITU HAK RAKYAT
AYER KEROH 20 Oktober - Rakyat bebas menerima sumbangan daripada mana-mana pihak menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16, namun...
‘SAYA MAHU JADI PULAU, WALAU DIPUKUL BADAI TIDAK HANYUT KE PANTAI’ – AB RAUF
AYER KEROH 20 Oktober - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menegaskan pendiriannya untuk terus...
TARIKH UMUM CALON BN MELAKA DITETAPKAN SEMULA
AYER KEROH 20 Oktober - Tarikh sebenar pengumuman calon Barisan Nasional (BN) akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka...
‘NAK JADI WAKIL RAKYAT, JANGAN TIBA-TIBA TURUN DARI LANGIT’
AYER KEROH 20 Oktober - Sesiapa sahaja yang mahu menjadi wakil rakyat tidak boleh hanya muncul ketika pilihan raya untuk...

