Kerajaan Melaka zahir ucapan tahniah kepada Mohd Ali

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

MELAKA 5 Jun – Kerajaan Negeri Melaka menzahirkan ucapan tahniah kepada Tuan Yang Terutama (TYT) Tun (Dr) Mohd Ali Rustam yang dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka Ke-7.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali dalam ucapan penghargaannya berkata, pelantikan itu amat bermakna apabila buat julung kali seorang anak jati negeri Melaka diangkat pada kedudukan yang tertinggi di negeri berkenaan.

“Bagi pihak kerajaan dan seluruh rakyat negeri Melaka, saya menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Datuk Seri (Dr) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, yang diangkat sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka Ke-7.

“Tentunya detik bersejarah ini cukup bermakna buat Negeri Melaka, lebih-lebih buat julung kalinya seorang anak jati Negeri Melaka telah diangkat pada kedudukan yang tertinggi sebagai Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka,” katanya dalam hantarannya di Facebooknya.

Beliau yang mewakili seluruh rakyat negeri ini turut menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka Ke-6, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob atas segala jasa dan khidmat bakti kepada negeri Melaka.

“Mewakili Kerajaan serta seluruh rakyat Negeri Melaka, saya turut ingin menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih yang setinggi-tingginya kepada Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Dr Mohd Khalil bin Yaakob, Yang di-Pertua Negeri Melaka Ke-6 di atas segala jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan selama kira-kira 16 tahun sejak tahun 2004 kepada Negeri Melaka bumi bersejarah ini.

“Semoga Allah SWT terus melimpahkan rahmat bahagia dan kurnia-Nya kepada Negeri Melaka. Amin,” tambahnya.

Views:

623
Kongsi :
Previous post PENJANA: RM9 bilion akan diperuntuk kerajaan bagi menangani cabaran kadar pengangguran yang meningkat
Next post Teks Ucapan: Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA)
Ubah saiz-+=