Kes buang bayi dalam kumbahan, pekerja kilang dipenjara enam bulan

Masa Membaca:52 Saat

AYER KEROH 2 Julai – “Saya insaf dan menyesal atas perbuatan, kini saya bukan hanya dibuang kerja malah turut dibuang keluarga,” itu rayuan dibuat Norfatihen Salleh, 23, agar hukuman ke atasnya diringankan mahkamah dalam prosiding di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Tertuduh, membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah dihadapan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama seorang lagi yang telah dituduh yang juga teman lelakinya didakwa menyembunyikan kelahiran seorang mayat bayi (kandungan berusia) kira- kira tujuh bulan dengan cara membuangnya di dalam lubang kumbahan.

Perbuatan itu dilakukan di belakang sebuah rumah di Kampung Kandang, di sini, kira- kira jam 12.30 tengah malam, pada 7 Jun 2020.

Justeru, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Anis Najwa Nazari memohon hukuman setimpal dikenakan agar dijadikan pengajaran.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh dipenjara enam bulan.

Views:

414
Kongsi :
Previous post Penyata terperinci Bantuan Prihatin Elektrik dalam bil Julai – TNB
Next post RM100,000 naiktaraf tanah perkuburan Islam Ujong Pasir
Ubah saiz-+=