Kes keracunan makanan menurun 50 peratus

Masa Membaca:54 Saat

PENGKALAN BATU 4 Sept – Sebanyak 142 kes keracunan direkodkan dalam tempoh Januari hingga Julai tahun ini berbanding 287 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah Melaka Rahmad Mariman berkata perbandingan jumlah kes itu menunjukkan penurunan sebanyak 50 peratus.

Katanya, empat episod kes keracunan berlaku pada tahun ini membabitkan tiga Sekolah Kebangsaan (SK) dan satu sekolah swasta.

Tiga sekolah tersebut adalah SK Limbongan, SK Chin Chin, SK Simpang di Merlimau manakala sekolah swasta adalah Kolej Yayasan Saad Melaka (KYSM)

“Kes terbaharu pada 12 Ogos lalu membabitkan KYSM, yang melibatkan dapur masakan dan Jabatan Kesihatan Negeri mengambil tindakan menutup premis penyediaan makanan itu selama dua hari.

“Dalam tempoh dua hari itu, pihak sekolah membekalkan makanan kepada pelajar,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia Peringkat Negeri 2020 di Pasar Besar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di sini, semalam.

Turut hadir Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu dan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Ismail Ali.

Beliau berkata, antara faktor yang menyebabkan penurunan kes keracunan adalah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan bagi membendung penularan COVID-19.

Views:

445
Kongsi :
Previous post Sulaiman tiup semangat kepada MU tewaskan Terengganu FC
Next post Sulaiman lawat tiga agensi anak syarikat kerajaan negeri
Ubah saiz-+=