Sulaiman lawat tiga agensi anak syarikat kerajaan negeri

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 4 Sept. – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md. Ali melakukan lawatan kerja di tiga anak syarikat kerajaan negeri di Kota Cemerlang, semalam

Lawatan kerja tersebut melibatkan Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Jabatan Ketua Menteri Melaka, Kumpulan Melaka Berhad (KMB) dan Perbadanan Melaka Holdings (PMH).

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr. Hasim Hasan; Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Datuk Salhah Salleh; Setiausaha Politik Ketua Menteri, Datuk Sazali Muhd Din serta tetamu lain.

Menerusi lawatan itu, Sulaiman menjelaskan ketiga-tiga agensi berkenaan akan bekerjasama sepenuhnya bersama kerajaan negeri dalam memberikan pandangan serta membantu dalam apa jua hasrat kerajaan negeri bagi mengangkat dan merealisasikan cadangan-cadangan baharu seperti pengenalan koridor baharu kerajaan.

“Seperti yang kita sedia maklum, kita sudah punyai koridor baharu bagi memajukan dan mengangkat Melaka ke arah sebuah negeri yang lebih maju dan berdaya saing.

“Kita tak boleh berharap dengan kebergantungan yang kita ada hari ini, lebih-lebih lagi dalam keadaan norma baharu, kita perlu wujudkan peluang-peluang ekonomi yang boleh kita rebut.

“Jadi saya minta semua agensi-agensi, jangan ada khususnya pada yang ketinggalan ke belakang perlu bersama-sama memberikan pandangan dan mengambil peluang terhadap apa yang boleh kita dapat dalam membangunkan koridor yang baru ini,” katanya.

Views:

532
Kongsi :
Previous post Kes keracunan makanan menurun 50 peratus
Next post Melaka bakal perkenal subsektor pelancongan baharu
Ubah saiz-+=