
Khairy akan bincang dengan KPM wajibkan vaksinasi untuk guru
PUTRAJAYA 4 Sept – Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata beliau akan berbincang dengan Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin mengenai mandat vaksinasi untuk guru.
Beliau berkata mandat sama ada vaksinasi akan diwajibkan ke atas golongan itu atau sebaliknya mempunyai implikasi perundangan yang tersendiri.
“Saya perlu mengadakan perbincangan dengan pihak Kementerian Pendidikan (KPM).
“Terdapat juga implikasi perundangan, jadi pihak kami perlu berbincang dengan Menteri Pendidikan mengenai mandat ini sama ada ia boleh diwajibkan,” katanya dalam temu bual khas di Kementerian Kesihatan semalam.
Terdahulu, Radzi berkata, KPM telah menetapkan bahawa guru yang enggan divaksin tidak akan dibenar berinteraksi dengan pelajar secara bersemuka apabila sekolah dibuka pada 3 Oktober bagi memastikan ekosistem sekolah adalah selamat untuk pelajar.
Beliau berkata masih terdapat seramai 2,500 guru yang tidak divaksin manakala sejumlah 96.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin dan 85.26 peratus sudah melengkapkan dua dos suntikan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BERUNDING ELOK-ELOK, PILIH ‘PARTNER’ YANG IKHLAS DAN JUJUR – AHMAD ZAHID
AYER KEROH 6 September - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi mandat kepada Ketua...
WAKIL RAKYAT MELAKA MESTI ‘KETUK PINTU’ RUMAH RAKYAT
TABOH NANING 3 September - Semua wakil rakyat di Melaka diminta turun padang dan 'mengetuk pintu' rumah rakyat bagi menyelami...
AURA ZIANA ZAIN ‘PUKAU’ KLEBANG
KLEBANG 30 Ogos - Kemunculan penyanyi popular tanah air, Datuk Ziana Zain mencuri perhatian pengunjung pada Sambutan Ambang Merdeka Peringkat...
MELAKA BERPOTENSI JADI LOKASI ALTERNATIF PENGANJURAN LIMA
KLEBANG 30 Ogos - Melaka berpotensi menjadi lokasi alternatif bagi penganjuran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) pada masa...
BUSANA UNIK TARUHAN MPHTJ PERTAHAN KEJUARAAN PERBARISAN
KLEBANG 29 Ogos - Penampilan unik menerusi busana dan elemen hiasan berbeza menjadi taruhan kontinjen Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya...
PDRM PERKETAT KAWALAN SEMPADAN SUSULAN KETEGANGAN DI SELATAN THAILAND
SERI NEGERI 24 Ogos - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan sempadan susulan keadaan keselamatan yang semakin...
