Khatan percuma, kuranglah beban sikit

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

PENGKALAN BATU 20 Februari – Program berkhatan secara percuma dilihat mampu meringankan beban golongan memerlukan khususnya golongan B40 di negeri ini.

Peserta program Norhayati Mustafa,41 berkata ia secara tidak langsung memberi peluang kepada keluarga kurang mampu mendapatkan khidmat berkhatan untuk anak mereka.

“Alhamdulillah program ini boleh melegakan beban kita golongan B40 yang kurang berkemampuan, lebih-lebih lagi jika kita punyai anak lelaki yang ramai.

“Hasil perkongsian rakan-rakan dalam grup aplikasi ‘Whatsapp’ saya dapat tahu mengenai program ini dan cuba daftarkan anak lelaki saya.

“Alhamdulillah hari ini anak saya selesai berkhatan, umur dia pun sudah 13 tahun, jadi perasaan takut untuk berkhatan sudah tiada,” katanya.

Norhayati berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Berkhatan anjuran Pertubuhan Komuniti Legacy Group Berhad Comleg (Malaysia) di sebuah restoren di Bachang di sini, hari ini.

B35AE9B9-D8D2-4481-98BD-FBF5EF052238
Azura Abdul Aziz, 45, menenangkan anaknya
Irfan farabi Abdullah, 7 (kiri) selepas selesai pada Program Berkhatan 2023 anjuran COMLEG (Malaysia) di Taman KIP Utama, Bachang, Melaka. Foto: MR. AZLI

Seorang lagi Azura Abdul Aziz,45, meluahkan rasa syukur apabila anaknya yang berusia tujuh tahun turut dipilih menyertai program tersebut.

“Syukur alhamdulillah saya peserta bertuah dapat sertai program ini, secara tidak langsung program ini dapat kurangkan beban keluarga saya.

“Diharap program ini diteruskan lagi selepas ini, saya percaya ramai golongan memerlukan di luar sana sangat mengharapkan program begini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1188
Kongsi :
Previous post Orang ramai perlu cakna menderma organ – UPOH
Next post 12,907 calon SPM Melaka duduki peperiksaan
Ubah saiz-+=