Kiosk automatik bantu imarahkan masjid

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

SERKAM 30 September – Inisiatif ahli jawatankuasa (AJK) Masjid Jamek Ar-Rahman Pulai, di sini, menyediakan mesin kiosk pembayaran automatik bukan sahaja memudahkan urusan penduduk sebalik menggalakkan lebih ramai untuk hadir dan mengimarahkan masjid.

Pengerusinya, Rizal Ramli berkata, kiosk itu menyediakan perkhidmatan membayar bil utiliti, selain perkhidmatan infaq kepda masjid serta transaksi tambah nilai untuk pengguna talian telekomunikasi pra bayar.

Terdahulu beliau mencadangkan perkara itu kepada AJK masjid dan dilaksanakan selepas mendapat persetujuan daripada semua pihak yang terbabit.

“Kami adalah masjid pertama menyediakan kemudian ini. Alhamdulillah selepas dua hari mula beroperasi ramai penduduk datang untuk guna perkhidmatan disediakan.

“Selepas ini pengguna juga boleh melakukan pembayaran menggunakan kad debit. Kiosk pembayaran ini beroperasi seawal jam 4 pagi hingga 12 tengah malam dan sesiapa sahaja boleh menggunakannya walaupun luar kawasan kariah,” katanya ketika ditemui, hari ini.

kiosk2
ORANG ramai menggunakan kemudahan kiosk bayaran bil utiliti di Masjid Jamek Ar Rahman, Pulai, Merlimau, Jasin. Foto: MR. AZLI

Sementara itu, penduduk yang juga sidang Kampung Pulai Noor Azaha Zainar berkata, kemudahan itu membantu menjimatkan masa dan perbelajaan penduduk kerana tidak lagi perlu pergi jauh untuk membayar bil utiliti masing-masing.

“Sebelum ini penduduk sekitar perlu ke Merlimau atau Melaka Tengah. Saya harap selepas selesai urusan pengguna bersama-sama berjemaah atau menyumbang kepada masjid,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2441
Kongsi :
Previous post Tragedi ambil bola dalam sungai, remaja ditemukan lemas
Next post 400 murid, pelajar terima agihan zakat
Ubah saiz-+=