KKBBM JAGA KEBERSIHAN TAMAN LAUT MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

AYER KEROH 25 November – Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka (KKBBM) menzahirkan semangat cintakan alam sekitar menerusi penganjuran aktiviti gotong-royong membersihkan Taman Laut Melaka menerusi Program KKBBM Eco Friend Melaka Historical City Marine Park, baru-baru ini.

Pengarah KKBBM, Muhammad Sani Che Idris berkat aktiviti dijayakan dengan kerjasama Jabatan Perikanan Negeri Melaka itu bertujuan untuk mendidik orang ramai khususnya generasi muda agar menghargai alam semula jadi supaya dapat dinikmati oleh pewaris pada masa akan datang.

“Kita membawa seramai 30 peserta terdiri daripada pelajar dan kakitangan KKBBM untuk turut sama pada program ini. Antara aktiviti dijalankan seperti taklimat kesedaran dan pendidikan pengurusan taman laut oleh Jabatan Perikanan Negeri Melaka, gotong-royong pembersihan pantai di Pulau Undan serta Pulau Nangka,” katanya.

Whatsapp Image 2024 11 24 At 1.56.43 Pm (1)
PELAJAR membersihkan kawasan pantai sewaktu program tersebut.

Katanya, KKBBM turut memasang beberapa lampu solar di gazebo Pulau Undan sebagai tanda kenangan sempena pelaksanaan program tersebut.

“Ini adalah hasil usaha pelajar dan kakitangan Program Sijil Automotif (SAU) dan Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) KKBBM yang berusaha untuk menjayakan aktiviti ini.

“Insya-Allah program seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai pentingnya menjaga alam sekitar khususnya di taman laut,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

52
Kongsi :
Previous post JOM DATANG ‘MACHAP WALK’ SETIAP HUJUNG MINGGU
Next post WARGA EMAS JUARA KEMBARA PANCING MELAKA, BAWA PULANG RM15,000
Ubah saiz-+=