KKBBM rangkul anugerah emas PERISA ’20

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

BUKIT BERUANG 13 Okt. – Pasukan Inovasi Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka (KKBBM) merangkul Anugerah Emas pada Pertandingan Inovasi Pensyarah TVET 2020 (PERISA ’20) Peringkat Kebangsaan di Kolej Komuniti Temerloh, baru-baru ini.

Pasukan Inovasi KKBBM diwakili pensyarah dalam bidang automotif yang bertanding bagi kategori Teknologi Kejuruteraan dengan inovasi bertajuk ‘Two Stroke Piston Ring Compressor’.

Ahlinya Mohd Hisham Mokhtar berkata, kejayaan itu hasil usaha pasukannya melalui penyelidikan dan perbincangan sejak awal tahun 2020.

“Pasukan kami menewaskan sembilan pencabar lain yang merupakan penyelidik-penyelidik bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) seluruh negara di peringkat akhir.

“Sebelum ini pasukan kami berjaya menempatkan diri dalam sepuluh pasukan terbaik yang dipilih melalui saringan peringkat awal,” katanya kepada MHI.

Dua lagi ahli pasukan inovasi KKBBM terdiri dari Zulaili Ismail dan Azharudin Ahmad.

Katanya, PERISA ’20 juga platform buat pendidik dalam bidang TVET menampilkan idea dan produk inovasi dan penyelidikan dalam pelbagai cabang.

“Kami berusaha mencipta satu inovasi yang boleh memberikan manfaat kepada bidang kejuruteraan khususnya melibatkan motosikal dan juga enjin kecil.

“Two Stroke Piston Ring Compressor ini memudahkan kerja-kerja juruteknik bagi penyelenggaraan enjin motosikal, bot, serta enjin kecil seperti mesin rumput dan lain-lain.

“Selain melindungi komponen enjin daripada calar dan rosak serta menjimatkan masa memasang piston ke dalam blok enjin dengan cara yang lebih cekap dan selamat,” katanya.

Views:

474
Kongsi :
Previous post Jururawat dakwa diganggu secara seksual oleh warga emas
Next post Individu bertugas di Selangor, KL, Putrajaya dibenarkan rentas daerah, negeri dengan surat kebenaran
Ubah saiz-+=