KM terima kunjung hormat YDP DUN Terengganu

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 17 Julai – Ketua Menteri, Datuk Haji Sulaiman Md Ali menerima kunjungan hormat Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Datuk Yahaya Ali di pejabatnya di Seri Negeri, hari ini.

Menurut Yahaya, kunjungan itu bagi membincangkan pelbagai topik Kerajaan Negeri Terengganu bersama Kerajaan Negeri Melaka dalam mengaturkan kerjasama kedua pihak.

“Seronok dan syukur buat pertama kali adakan kunjung hormat kepada Ketua Menteri Melaka, kunjung hormat dibuat secara ‘on the spot’ sahaja.

“Alhamdulillah kunjung hormat hari ini sangat bermakna, kami boleh berbincang pelbagai topik dalam mengeratkan kerjasama kedua-dua negeri,” katanya.’

Beliau berkata demikian kepada MHI selepas mengadakan kunjungan hormat tersebut, hari ini.

Terdahulu Yahaya telah mengadakan kunjung hormat ke atas Yang di-Pertua Negeri,Tun Datuk Seri Utama (Dr) Haji Mohd Ali Mohd Rustam bagi membincangkan satu program Persatuan Silat Malaysia (Pesaka) pagi tadi.

Ujarnya, dalam suasana politik konteks muafakat nasional ini, pihaknya akan dapat mengatur satu kerjasama yang lebih teratur khususnya melibatkan Negeri Terengganu dan Melaka.

“Layanan Ketua Menteri sangat baik dan kita mempunyai ruang yang besar untuk meneruskan kerjasama.

“InsyaAllah saya sudah sampaikan jemputan kepada Ketua Menteri Melaka untuk melawat Terengganu selepas ini, dan saya akan sampaikan kepada Menteri Besar Terengganu,” katanya.

Hadir sama wakil delegasi Kerajaan Negeri Terengganu dan wakil Persatuan Anak Terengganu di Perantauan (PERANTAU) Melaka.

Views:

485
Kongsi :
Previous post MBMB mohon KPKT serahkan syarikat konsesi
Next post Polis, pemimpin setempat perlu jalin kerjasama
Ubah saiz-+=