Konsert Manifestasi Kompang lepas Aidilfitri – JKKN

Masa Membaca:57 Saat

PAYA RUMPUT 31 Disember – Bagi memartabat dan mengangkat kembali musik kompang, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka dijangka akan mengadakan Konsert Kompang pada pertengahan tahun ini.

Pengarah JKKN Melaka, Ezlina Alias berkata perkara itu masih diperingkat cadangan namun pihaknya akan berusaha untuk merealisasikannya bersempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Katanya, konsert tersebut akan menampilkan elemen baharu, lebih dinamik menggunakan kompang dan alat-alat muzik tradisional yang lain.

“Kami bercadang untuk menganjurkan konsert menggabungkan alat muzik tradisional khusus di selatan, umumnya kompang di panggung JKKN Melaka yang dirancang akan diadakan selepas sambutan Aidilfitri tahun hadapan.

“Kami sedang mencari dana dan saya meminta persatuan-persatuan kompang untuk bersama-sama menjayakan konsert kompang manifestasi ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui pada Pertandingan Kompang Kreatif di Perkarangan Stadium Hang Jebat malam, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Ezlina berkata tawaran tersebut dibuka kepada semua persatuan kompang di bahagian selatan tanah air.

“Kompang ini ada auranya tersendiri. Tujuan konsert manifestasi kompang ini bertujuan untuk menggabungkan persatuan-persatuan kompang seterusnya menghasilkan lagu-lagu tradisional dan moden untuk menjadikan ianya lebih segar,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1012
Kongsi :
Previous post 80,000 berselawat di Stadium Hang Jebat
Next post Lahirkan legasi penyambung warisan kompang
Ubah saiz-+=