
KPDNHEP siasat punca kenaikan harga ayam
KUALA LUMPUR 19 Jun – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang menyiasat punca kenaikan mendadak harga ayam standard sejak beberapa hari lepas.
Timbalan Pengarah Penguatkuasaan Operasi KPDNHEP Low Swee Hon berkata kementerian itu telah mengadakan pertemuan dengan penternak ayam dan pihak persekutuan penternak ayam di Putrajaya semalam bagi mendapatkan maklum balas berhubung perkara tersebut.
“Memang dikatakan ada peningkatan harga di peringkat ladang dan kementerian sedang mengesan sama ada peningkatan berlaku di peringkat pihak penternak, pemborong atau peruncit.
“Kita berharap dapat mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah yang berlaku di kebanyakan pasar seperti yang dilaporkan,” katanya kepada pemberita selepas melakukan pemantauan harga barangan di Pasar Sungai Besi di sini bersama pegawai KPDNHEP Putrajaya dan Kuala Lumpur.
Beliau berkata KPDNHEP akan mengeluarkan notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 bagi mendapatkan maklumat harga barangan serta justifikasi sekiranya terdapat pengambilan keuntungan berlebihan.
— BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
STESEN PENYELIDIKAN MPOB PERKUKUH SEKTOR AGRIKOMODITI MELAKA
PANTAI KUNDOR 3 November - Usaha memperkukuh sektor agrikomoditi di Melaka terus dipergiat menerusi pembangunan Stesen Penyelidikan Lembaga Minyak Sawit...
50 DEPOH LATEKS BAHARU DISASAR DIBINA MENJELANG 2027
PANTAI KUNDOR 3 November - Kerajaan menyasarkan pembinaan 50 depoh susu getah (lateks) baharu di seluruh negara menjelang tahun hadapan...
BUKA PELUANG KEDUA KEPADA KLIEN PUSPEN DALAM SEKTOR AGRIKOMODITI
PANTAI KUNDOR 3 November - Klien Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) berpeluang memperoleh kemahiran dalam sektor agrikomoditi menerusi cadangan kerjasama...
LEBIH RM14 JUTA PERKUKUH PEMBANGUNAN MELAKA GEOPARK
BANDA HILIR 1 November – Lebih RM14 juta diperuntukkan dan diluluskan bagi memperkukuh pembangunan Aspiring Melaka Geopark termasuk menyediakan kemudahan...
PRN MELAKA: MCA TAMBAH SATU LAGI KERUSI, BERTANDING DI BANDAR HILIR
KUALA LUMPUR, 29 Okt - MCA diberi satu lagi kerusi untuk ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka iaitu Dewan...
TPM PUJI USAHA MELAKA PERLUAS POTENSI EKONOMI DESA
AYER KEROH 29 Oktober - Usaha Kerajaan Negeri Melaka memperluas potensi sektor pertanian dan membuka peluang ekonomi kepada masyarakat desa...

