KPWKM saran buka lebih banyak TASKA OKU di Malaysia

Masa Membaca:1 Minit, 33 Saat

PERINGGIT 20 Feb. – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menggalakkan badan bukan kerajaan (NGO) dan badan-badan swasta untuk membuka lebih banyak taman asuhan kanak-kanak (TASKA) bagi kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU).

Menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, pembukaan TASKA khas seperti itu sangat penting bagi membantu kanak-kanak berkeperluan khas khususnya dalm program intervensi awal, di samping mendapat pengasuhan urus diri demi kelangsungan kehidupan mereka.

Ujarnya, pihaknya kerajaan akan sentiasa memberi sokongan terhadap penubuhan TASKA seperti ini termasuklah menyediakan geran dan pelbagai lagi bentuk bantuan yang lain.

“Kita menyambut baik penubuhan TASKA-TASKA OKU untuk anak-anak berkeperluan khas ini kerana dengan program sebegini ia bukan sahaja membantu kanak-kanak itu sendiri, bahkan juga kepada ibu bapa.

“Jika di rumah, mungkin anak-anak tidak dapat bentuk pembelajaran sebegini yang saya lihat sangat baik untuk membina keyakinan diri kerana pelbagai teknik telah disediakan oleh guru-guru pakar di TASKA ini.

“Jadi kita amat menggalakkan lebih ramai NGO serta badan swasta untuk TASKA berkeperluan khas ini dan di pihak kerajaan kita akan menyediakan bajet sebanyak RM1.7 juta untuk membantu operasi TASKA-TASKA OKU dalam negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke TASKA OKU IKHLAS di Yayasan Toh Puan Zurina, di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri, Datuk Wira Latipah Omar.

Mengulas lanjut, Rina berkata setakat ini terdapat sebanyak 13 TASKA OKU telah diwujudkan khas bagi kanak-kanak OKU dalam negara, termasuklah TASKA OKU IKHLAS yang merupakan TASKA OKU pertama di Melaka.

Dalam majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan Bantuan Geran Pelancaran berjumlah RM500,000 kepada Persatuan Insan Berkeperluan Khas (IKHLAS) yang diberi kepercayaan menguruskan TASKA berkenaan di negeri ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

989
Kongsi :
Previous post Polis kawal ketat vaksin COVID-19
Next post Jangan malu anak ada kad OKU – Rina Harun
Ubah saiz-+=