Kursus percuma dan bantuan RM2,000 untuk bakal usahawan muda 

Masa Membaca:1 Minit, 51 Saat

AYER KEROH 17 Jun – Gaduan lepasan diploma atau ijazah berminat menjinakkan diri dalam bidang keusahawanan perlu merebutkan peluang mendapatkan dana RM2,000 disediakan menerusi program latihan keusahawanan dibawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) Career Advancement Programme (CAP) -Gradpreneur@State.

Pengurus Besar Institut Tun Perak (ITP), Hazzlan Sama berkata, peserta yang menamatkan kursus selama 14 hari menerusi program itu layak menerima dana berkenaan.

“Bagi Melaka tujuh kursus ditawarkan buat usahawan muda, pada 9 Mei lalu sudah berlangsung kursus ‘The Secret of How to Online the Business and Marketing Like Pro’.

“Program ini bukan sahaja melalui proses teori semata-mata, namun turut dilaksanakan secara praktikal supaya peserta dapat mendalami ilmu yang diajar secara terus untuk mengembangkan perniagaan mereka.

“Selain tawaran elaun harian kepada peserta, Kerajaan Negeri Melaka juga menyediakan dana ‘One-Off’ sebanyak RM2,000 kepada graduan yang berjaya menamatkan kursus ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurutnya, kos bagi setiap peserta mengikuti kursus berkenaan adalah sebanyak RM7,000 dan ditawarkan kepada graduan anak negeri Melaka belum mempunyai pekerjaan, memegang diploma atau ijazah daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Politeknik, Kolej Komuniti seluruh Malaysia yang bergraduasi pada tahun 2019, 2020 serta 2021.

“Antara yang ditawarkan adalah Kursus Bimbingan Usahawan yang disertakan dengan Sijil Kompetensi/Profesional dan bimbingan mendaftar syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

“Penyertaan untuk sesi kursus akan datang sudah dibuka dengan 25 individu bagi setiap kursus,” katanya.

Semua persoalan, permohonan dan pendaftaran boleh dilakukan dengan menghubungi pihak Institut Tun Perak di talian 06-317 4475 atau telefon bimbit 011-1111 7547, [email protected] dan boleh faks pada talian 06 317 2671.

Pendaftaran juga boleh dilakukan melalui imbasan QR code dengan mengisi borang bagi tujuan permohonan yang tertera untuk pendaftaran dan tempat adalah terhad.

Terdapat enam lagi kursus yang akan dijalankan selepas ini bermula Julai depan iaitu kursus The Secret of How to Online the Business and Marketing Like Pro (18 Julai); The Secret of How To Set Up Printing Production Business (8 Ogos 2022); Tansformation Business into E-Commerce Programmed (15 Ogos 2022); Young Agropreneur Program (1 September); The Secret of How To Set Up Printing Production Business (12 September 2022) dan Young Agropreneur Program (3 Oktober 2022)

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1959
Kongsi :
Previous post Polis tahan tiga lelaki, rampas heroin bernilai RM120,000
Next post Kerajaan peruntuk RM1 juta khidmat guaman bantu Keluarga Malaysia tidak berkemampuan – PM
Ubah saiz-+=