Lebih 8,000 warga PBT berkampung di Melaka

Masa Membaca:55 Saat

AYER KEROH 19 Januari – Lebih 8,000 kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh Malaysia bakal berkampung di Melaka bersempena Kejohanan Sukan PBT Malaysia (MALA) pada 26 hingga 29 Februari ini.

Presiden MALA Datuk Shadan Othman berkata, kejohanan itu bakal berlangsung di beberapa venue dengan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan menjadi tuah rumah.

Beliau yang juga Datuk Bandar MBMB berkata, sebanyak empat acara sukan akan dipertandingkan pada kejohanan terbabit.

“Empat acara yang akan dipertandingkan adalah seperti sepak takraw, golf, futsal dan hoki yang akan melibatkan semua PBT dalam negara.

“Sebanyak empat lokasi sekitar Melaka akan digunakan bagi menjayakan kejohanan yang berlangsung selama tiga hari tersebut termasuk di Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit; Kompleks Sukan di Jasin dan beberapa lokasi di Ayer Keroh,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Shadan berkata penganjuran Kejohanan Sukan MALA itu juga dilihat sedikit sebanyak merancakkan lagi Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

“Kita harap peserta yang juga pengunjung ke negeri ini menerusi kejohanan yang dianjurkan ini dapat menikmati pelbagai tarikan menarik yang terdapat di negeri ini bersempena TMM2024,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

6830
Kongsi :
Previous post Kampung tradisional di tengah bandar
Next post Hang Tuah pernah jejak kaki di tiga daerah Selatan Thailand
Ubah saiz-+=