Lelaki lemas di Sungai Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

BANDA HILIR 16 Jan – Seorang lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh di Sungai Melaka, berhampiran kedai Cendol Kampung Hulu awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada jam 7.20 pagi itu, mayat lelaki yang identitinya belum dikenal pasti itu ditemukan orang awam lengkap berpakaian terapung di sungai berkenaan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan lelaki terbabit tidak sedarkan diri terapung di sungai berkenaan.

Katanya, mangsa kemudian dibawa naik oleh pasukan bomba sebelum pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa meninggal dunia pada jam 7.30 pagi.

“Siasatan di lokasi kejadian mendapati mangsa masih berada dalam keadaan berpakaian manakala mulutnya berbuih.

“Berdasarkan keterangan saksi, dia ternampak mayat lelaki terbabit terapung dalam air pada jam 7.15 pagi sebelum menghubungi polis dan bomba untuk bantuan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, siasatan lanjut tidak menemukan sebarang unsur jenayah di lokasi kejadian dan fizikal mangsa.

“Saksi di sekitar kawasan tempat kejadian juga tidak mengenali mangsa namun usaha mengenal pasti waris serta saksi lain masih dijalankan,” katanya.

Christopher berkata, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Melaka (HM) untuk bedah siasat.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1264
Kongsi :
Previous post Pembangunan Kinta Riverwalk tidak akan jadi projek ‘gajah putih’ – Exco
Next post Seorang lagi lelaki lemas di Melaka
Ubah saiz-+=