
Lelaki maut motosikal bertembung van kilang
JASIN 7 Okt. – Seorang penunggang maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dalam kejadian di Jalan Selandar – Batang Melaka di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.20 pagi itu mangsa P. Selvam, 19, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata, kemalangan itu membabitkan motosikal Yamaha 135LC dan van kilang dipandu lelaki berusia 46 tahun.
“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa yang dalam perjalanan dari arah Batang Melaka menghala ke arah Selandar memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan vang kilang tersebut.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu van kilang tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Kedua-dua kenderaan kini ditahan untuk dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) bagi siasatan lanjut selain kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1)(A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Views:
Related


Berita Lain
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...
DARI KANDANG HINGGA LANDSKAP, ZOO MELAKA AKAN DICERIAKAN
AYER KEROH 4 Oktober - Zoo Melaka bakal menerima sentuhan warga Kerajaan Negeri menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketua...
LEBIH 1,000 ANAK MELAKA DAPAT MANFAAT KURSUS KAHWIN PERCUMA
AYER KEROH 4 Oktober - Seramai 1,002 bakal pengantin di Melaka mendapat manfaat Kursus Kahwin Percuma anjuran Majlis Agama Islam...
RM300,000 NAIK TARAF PADANG TAMAN DATUK SETIA
AYER LIMAU 4 Oktober - Penduduk Taman Datuk Setia kini boleh menikmati kemudahan riadah yang lebih selesa apabila padang awam...
TOK RAUF SUBURKAN PROGRAM AGAMA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 4 Oktober - Sokongan berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terhadap pelbagai program keagamaan di...
MESRA KERAJAAN TEMPATAN: 3,882 PETAK PARKIR PERCUMA DI JASIN
AYER KEROH 4 Oktober - Pendekatan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Kerajaan Tempatan bukan sahaja merangkumi usaha berterusan meningkatkan kemudahan untuk...
