LTAM: 7 syarikat penerbangan beri keputusan hujung Oktober

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

DURIAN TUNGGAL 1 Oktober – Tujuh syarikat penerbangan akan memberikan kata putus, mahu beroperasi semula dari Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) Batu Berendam, atau sebaliknya hujung bulan ini.

Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, perkara itu dimaklumkan kepada beliau pada pertemuan dengan wakil syarikat perbangan berkenaan dua minggu lalu.

Katanya, antara yang hadir pada pertemuan itu adalah wakil Air Asia, Malindo Air dan Batik Air yang kini sedang mempertimbangkan segala terma serta syarat yang ditawarkan Kerajaan Negeri.

“Pada peringkat Kerajaan Negeri, kita telah membuat satu perjanjian yang lebih terperinci yang mana pihak mereka (syarikat penerbangan) tidak boleh menamatkan perkhidmatan sesuka hati.

“Kita maklum LTAM ini bukan hak milik Kerajaan Negeri, namun menerusi perjanjian yang ditetapkan, Kerajaan Negeri akan memberi insentif kepada syarikat penerbangan bersetuju dengan syarat ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pada sidang media selepas Majlis Perasmian Karnival Udara Antarabangsa Melaka (KUAM) 2023 di LTAM, Batu Berendam, di sini, hari ini.

Hameed berkata, jika berjaya mencapai kata sepakat, Kerajaan Negeri akan mengekalkan laluan seperti sebelum ini dan pada masa yang sama membuka laluan baharu ke destinasi yang berpotensi.

“Sekiranya LTAM ini akan kembali beroperasi, kita akan minta untuk kekalkan penerbangan sedia seperti ke Pulau Pinang, Kota Bharu, Kelantan dan Pekanbaru, Indonesia selain membuka laluan baharu ke Padang, Indonesia,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5088
Kongsi :
Previous post Agih baki dana fidyah kepada golongan B40
Next post Lima anugerah khas sempena sambutan Maulidur Rasul
Ubah saiz-+=