
Majlis Tindakan Kemakmuran Bersama (MTKB) pantau WKB2030
KUALA LUMPUR, 29 Sept — Kerajaan akan menubuhkan Majlis Tindakan Kemakmuran Bersama (MTKB) yang akan bertindak sebagai satu mekanisme pemantauan peringkat tertinggi supaya objektif Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) dapat dicapai.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata WKB2030 merupakan dasar teras dalam pembangunan negara untuk tempoh 10 tahun akan datang.
Maka MKTB perlu ditubuhkan supaya ia dapat memberi impak positif secara langsung kepada rakyat dan negara, katanya.
“(MTKB) yang akan dipengerusikan oleh saya sendiri, yang mana Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU) pula akan bertindak sebagai sekretariat majlis serta jawatankuasa-jawatankuasa di bawahnya.
SEPADU telah ditubuhkan sejak bulan Mac lalu untuk menerajui fungsi koordinasi dan pemantauan pelaksanaan program, inisiatif, projek di bawah WKB2030,” katanya ketika berucap di sesi Balai Rakyat MakmurBersama@Kuala Lumpur anjuran Institusi Masa Depan Malaysia (Institut Masa) di sini hari ini.
Majlis turut dihadiri oleh Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.
Views:
Related

Berita Lain
SUNGAI MELAKA LOKASI PERTAMA LUAR CHINA PERKENAL BUDAYA PERAHU NAGA SHUANG RAO
BANDARAYA MELAKA 14 Jun - Sungai Melaka dipilih sebagai lokasi pertama luar China untuk memperkenalkan budaya Perahu Naga Shuang Rao...
PERAHU NAGA SHUANG RAO BUKA TIRAI FESTIVAL SUNGAI MELAKA 2026
BANDARAYA MELAKA 14 Jun - Persembahan Perahu Naga Shuang Rao dipilih sebagai acara pembukaan rasmi Festival Sungai Melaka 2026 yang...
PENGKALAN BATU DUN MESRA KELUARGA, ANAK MUDA
PENGKALAN BATU 14 Jun – Penganjuran Karnival Perpaduan dan Pembangunan Wanita Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu berjaya menjadi platform...
MPHTJ NAIK TARAF TIGA RUMAH PANGSA DI KESIDANG
KESIDANG 14 Jun – Penduduk di tiga rumah pangsa dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kesidang bakal menikmati kemudahan yang lebih...
KARNIVAL USAHAWAN PERKASA PMKS MELAKA, BUKA PELUANG TEROKA INDUSTRI HALAL
KESIDANG 14 Jun – Daripada khidmat nasihat perniagaan hinggalah peluang meneroka pensijilan halal menjadi antara manfaat yang disediakan kepada orang...
AUNM 2026 PENTAS TERTINGGI IKTIRAF USAHAWAN MELAKA
KESIDANG 13 Jun – Lebih 100 usahawan dari seluruh Melaka telah mengemukakan permohonan bagi merebut peluang untuk dinobatkan sebagai penerima...

