
Mangsa banjir di Melaka berkurangan
AYER KEROH 16 November – Jumlah mangsa banjir di Melaka berkurangan kepada 53 orang daripada 15 keluarga setakat jam 8 pagi tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan kesemua mangsa banjir itu masih ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka pada 14 dan 15 November.
Menurut kenyataan itu, dua PPS berkenaan ialah Dewan Japerun Durian Tunggal (Daerah Alor Gajah) dan Japerun Kesidang (Melaka Tengah).
“Setakat ini, seramai 48 mangsa ditempatkan di PPS Dewan Japerun Durian Tunggal dan lima mangsa di PPS Japerun Kesidang.
“Kesemua mangsa yang terjejas adalah dari Kampung Bukit Tambun, Kampung Bukit Balai, Kampung Pulau, Kampung Belimbing, Pengkalan, Kampung Panchor dan Taman Tamby Chik Karim,” kata kenyataan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LELAKI MAUT DITANDUK KERBAU SEMASA IBADAH KORBAN DI KAMPUNG TENANG
JOHOR BAHRU 28 Mei - Seorang lelaki tempatan meninggal dunia selepas ditanduk seekor kerbau ketika membantu ibadah korban dalam kejadian...
EMPAT LELAKI DITAHAN MEMANDU SECARA BERBAHAYA, LARIKAN DIRI DARIPADA POLIS
KUALA LUMPUR 28 Mei - Empat lelaki tempatan ditahan selepas memandu secara berbahaya dan melarikan diri daripada dikejar kereta peronda...
MUALAF, FAKIR MISKIN RASAI KEMERIAHAN AIDILADHA
KESIDANG 28 Mei - Program Kasih Qurban Perdana Bersama Mualaf Negeri Melaka 2026, berlangsung dalam suasana meriah dengan kehadiran lebih...
SEMANGAT AIDILADHA SATUKAN PPSPM, KOMUNITI PENGKALAN RAMA
DUYONG 28 Mei – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menjadikan Hari Raya Aidiladha tahun ini penuh makna apabila...
USAHA ‘YB ALONG’ AKHIRI DILEMA PENDUDUK KAMPUNG BUKIT ANTU
REMBIA 28 Mei - Dilema penduduk Kampung Bukit Antu, di sini, yang sering terputus hubungan apabila laluan keluar masuk dinaiki...
POLITEKNIK MERLIMAU PERKUKUH TVET, TEROKA INDUSTRI TENAGA JANAKUASA
MERLIMAU 28 Mei - Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Merlimau Melaka (PMM) memperkukuh agenda Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)...
