Mangsa banjir di Melaka menurun kepada 273 orang pagi ini

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

AYER KEROH 20 Mei. – Mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di negeri ini menurun kepada 273 orang daripada 67 keluarga pada 8 pagi ini berbanding 286 orang membabitkan 70 keluarga jam 8 malam tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, semua mangsa banjir itu ditempatkan di lima PPS yang masih dibuka daripada keseluruhan 10 PPS yang dibuka bermula Ahad lalu.

Katanya, tiga PPS masih dibuka di Melaka Tengah iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Molek, SK Demang Husin dan di SK Tambak Paya selain di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Shuh Yen dan SK Tehel di Jasin.

“PPS SK Ayer Molek dan SK Demang Husin masing-masing menempatkan 153 mangsa daripada 36 keluarga dan 59 mangsa (15 keluarga), manakala PPS SK Tambak Paya berstatus dalam proses pendaftaran.

“Selain itu 20 mangsa daripada empat keluarga berada di PPS SJKC Shuh Yen dan 41 mangsa (12 keluarga) lagi di SK Tehel,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa banjir di Melaka Tengah dipindahkan dari kawasan Sungai Putat, Taman Bukit Beruang Utama, Taman Bukit Beruang Bestari, Taman Rambai Jaya,Taman Rambai Utama, Taman Rambai Indah, Tanjung Minyak, Kampung (Kg) Pengkalan Batu, Rumah Awam Ayer Molek, Balai Panjang dan Tebing Tinggi Bukit Katil.

“Bagi Daerah Jasin, kawasan terjejas meliputi Tanjung Laboh Tehel, Lubok Kasau Bemban, Taman Tuah Perdana, Paya Kundang, Pengkalan Badak dan Parit Lampong.

“PPS Dewan Japerun Durian Tunggal di Alor Gajah pula ditutup sepenuhnya tengah malam tadi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

375
Kongsi :
Previous post JAIM tutup sementara operasi kaunter Kursus Praperkahwinan
Next post ‘Saya nak berehat dahulu’- Saiful
Ubah saiz-+=