Mangsa bimbang banjir lumpur, tembok runtuh berulang

Masa Membaca:1 Minit, 58 Saat

TANJUNG BIDARA 12 Nov. – Hujan lebat hampir setiap malam sejak Jumaat lalu hingga malam kelmarin menyebabkan sembilan pemilik rumah dan kira-kira 40 anggota keluarga mereka di Taman Bidara Jaya, di sini bimbang banjir lumpur berulang.

Mereka mendakwa tidak lena tidur kerana bimbang tembok berhampiran kediaman mereka runtuh lagi dan mengakibatkan banjir lumpur berulang.

Hujan lebat hampir setiap malam menyebabkan mereka tidak mampu menikmati tidur yang sedemikian berikutan kebimbangan tembok yang hanya kira-kira dua meter dari kediaman mereka runtuh lagi.

Sehubungan itu, mereka menggesa pemaju perumahan berhampiran sederet sembilan rumah berkenaan supaya segera membina tembok baharu selepas ia runtuh dan mengakibatkan kediaman itu dilanda banjir lumpur awal pagi Jumaat lalu.

Sukri Rashid, 45, mendakwa hampir setiap malam beliau tidak mampu tidur lena berikutan hujan lebat menyebabkan beliau terpaksa berjaga bagi memastikan keselamatan isteri dan tiga anak berusia antara 14 hingga 19 tahun.

SUKRI

“Sejak kejadian, beberapa pekerja kontrak sudah membersihkan sisa runtuhan batu dan lumpur di belakang rumah tetapi banjir lumpur dalam rumah kami terpaksa kami sendiri yang membersihkannya.

“Bagaimanapun, tembok yang runtuh sepanjang kira-kira enam meter masih belum dibina struktur sementara bagi menahan air dan lumpur turun semula ke jalan di belakang rumah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian baru-baru ini.

Rosli Ujang, 57, mendakwa beliau dan lima anggota keluarganya bimbang setiap kali hujan pada malam atau awal pagi sejak Jumaat lalu akan menyebabkan limpahan lumpur dari kawasan pembinaan berhampiran kediamannya.

”Pemaju harus membuat binaan sementara bagi menahan air dan lumpur melimpah ke rumah kami kerana kami sudah letih untuk membasuh rumah yang dipenuhi lumpur,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Md Rawi Mahmud berkata, pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Tanjung Bidara sudah meminta pemaju segera berbuat demikian.

Dalam kejadian jam 5.45 pagi Jumaat lalu, sederet sembilan unit rumah dilanda banjir lumpur selepas tembok dibina pemaju berhampiran kediaman mereka, runtuh akibat hujan lebat.

Ia turut menyebabkan van Sukri rosak teruk akibat ditimpa batu dan tanah.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Kebanyakan mangsa terkejut apabila terdengar bunyi kuat dari belakang rumah sebelum mendapati banjir lumpur sudah masuk ke dalam dapurkediaman.

Hujan lebat menyebabkan kawasan pembinaan yang hanya kira-kira lima meter dari kediaman mereka tidak mampu menampung aliran alir, lalu mengakibatkan tembok setinggi kira-kira dua meter itu runtuh.

Views:

695
Kongsi :
Previous post COVID-19: MKHA rayu kerajaan bantu ahli
Next post COVID-19: Lebih 8,000 pekerja kilang Kluster Berendam jalani saringan
Ubah saiz-+=