
MARTA sasar 5,000 pemilik hom2stay berdaftar
AYER KEROH 16 Jun – Pertubuhan Penginapan Kediaman Pelancongan Malaysia (MARTA) menyasarkan 5,000 pemilik hom2stay seluruh Malaysia bakal berdaftar di bawah pertubuhan tersebut.
Pengerusinya, Suhairi Sulaiman berkata, sasaran itu bagi memberi peluang kepada semua pemilik hom2stay mendapat manfaat yang lebih baik.
“Setakat ini yang berdaftar di bawah MARTA hanya seramai 1,000 ahli. hom2stay merupakan jenama baharu bagi penginapan dalam jangka pendek.
“MARTA buat penjenamaan semula terhadap kemudahan penginapan jangka pendek dengan nama hom2stay supaya dapat dibezakan dengan program inap desa kendalian Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC),” katanya.
Menurutnya, MARTA juga mengharapkan bantuan dan sokongan penuh kerajaan kerana mereka antara industri yang menyokong sektor pelancongan.
“MARTA sebagai persatuan yang memperjuangkan industri hom2stay dan sedia bekerjasama dengan kerajaan untuk meneliti cara terbaik mempromosi pelancongan domestik.
“Kita mahu semua pengusaha hom2stay daftar sebagai ahli persatuan supaya dapat bersama dalam kesatuan dengan pelbagai perancangan dan program yang diatur,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
MPJ TINGKATKAN STANDARD KEBERSIHAN PREMIS MAKANAN
JASIN 25 Mei - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) meningkat standard aspek kebersihan dan kesihatan awam melibatkan premis makanan dalam kawasan...
LEGENDA ROTI KOK 90 TAHUN, RENTAS EMPAT GENERASI
MACHAP JAYA 25 Mei - Setiap gigitan rangup mampu menghidupkan kembali kehangatan nostalgia zaman dahulu. Aroma yang dibakar sempurna dapat...
‘KING OYEN’ SERONOK BONCENG BASIKAL
BANDA HILIR 24 Mei - Gelagatnya yang tenang dan bersahaja membonceng basikal menjadikan seekor kucing berwarna oren atau lebih mesra...
‘CRUISE’ PUAS-PUAS DI MELAKA, PELBAGAI PROMOSI MENARIK MENANTI ANDA
BANDARAYA MELAKA 24 Mei - Sempena cuti sekolah ini, Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menawarkan pelbagai promosi menarik...
MELAKA CETUS GELOMBANG MUSIM CUTI SEKOLAH
BANDA HILIR 24 Mei - Melaka terus menjadi destinasi pilihan pelancong apabila kadar tempahan hotel dilaporkan mencecah lebih 95 peratus...
BISKUT TONGKAT BUKIT BULAT LAIN DARIPADA YANG LAIN
MACHAP JAYA 24 Mei - Rasanya yang lebih rangup dan tidak perlu mengambil masa lama untuk lembut apabila dicicah dengan...
