Sorting by

×

Masjid, surau institusi pendidikan penting di Malaysia

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

SUNGAI UDANG 27 Jun – Kemudahan surau atau masjid perlu diberikan perhatian kerana dianggap sebagai satu institusi pendidikan yang penting bagi masyarakat di negara ini.

EXCO Pendidikan negeri Datuk Rais Yasin berkata, inisiatif guru Panitia Agama Islam bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Udang dalam menyediakan surau yang kondusif untuk keselesaan murid wajar dicontohi.

Katanya, projek dimulakan pada hujung 2019 itu dianggap sebagai satu kerjasama yang amat baik bagi merealisasikan impian para penyumbang dana wakaf untuk melihat sebuah surau yang kondusif untuk kegunaan warga SK Sungai Udang.

Rais

“Saya dimaklumkan bahawa surau sebelum ini sudah tidak mampu lagi menampung jumlah jemaah yang ramai dalam satu-satu masa, namun dana yang terkumpul belum lagi mencukupi.

“Berikutan itu saya meminta semua untuk menyebarluaskan makluman berkenaan projek ini kepada lebih ramai pihak agar ia dapat disempurnakan dengan sebaiknya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat PIBG SK Sungai Udang Ke-47/2022 & Perasmian Projek Pembinaan Surau Ar-Raudah SK Sungai Udang di sekolah itu, di sini, 25 Jun lalu.

Hadir sama pada program itu Pengerusi PIBG SK Sungai Udang Mohd Shukri Abdul Razak, Hazman Dolah, Guru Besar SK Sungai Udang dan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Melaka Tengah, Mohd Yusri Seman.

Rais berkata, pihak sekolah dan PIBG diharap mampu mencapai solusi terbaik dalam usaha memastikan murid berjaya mempersiapkan diri untuk menghadapi cabaran di zaman Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0) Menurutnya, pandemik melanda seluruh dunia memperlihatkan kepentingan gaya pembelajaran digital yang seiring perkembangan teknologi moden.

“Saya yakin para guru dan ibu bapa sentiasa berusaha untuk memberikan akses terbaik kepada anak-anak kita agar tidak ketinggalan dalam pelajaran,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1143
Kongsi :
Previous post Dulu ikan buangan, kini malong sudah ada ‘harga’
Next post Ifedayo bukan ‘loan’ JDT
Ubah saiz-+=