Media sebagai rakan strategik kerajaan Melaka

Masa Membaca:57 Saat

BANDA HILIR 29 Mei – Kebebasan media yang diamalkan di negara ini perlu selari dengan sikap kebertanggungjawaban, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Beliau berkata, sebagai rakan strategik kerajaan Melaka sentiasa terbuka menerima sebarang cadangan, idea, pandangan mahupun kritikan membina daripada rakan media demi kebaikan rakyat dan negeri ini secara keseluruhannya.

Katanya, tanpa bantuan dan kerjasama erat daripada media, sukar bagi pihak pentadbir negeri merangka pembangunan terutama dalam hal membabitkan penyampaian maklumat yabg sahih dan tepat.

“Hubungan baik antara media massa dan pentadbiran kerajaan perlu sentiasa dipertingkat dan diperkasa dari semasa ke semasa.

“Maka diadakan Hari Wartawan Nasional yang antara lainnya untuk memberikan pengiktirafan kepada pengamal media seluruh negara atas jasa dan khidmat bakti tuan-tuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022 di sini, hari ini,

Sambutan bertemakan ‘Suara Jelata, Aspirasi Negara’ itu dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hadir sama Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Menurutnya, media boleh membuat kritikan, menulis, melaporkan menerusi televisyen atau radio, tetapi semua itu mestilah dilakukan dengan penuh tanggungjawab.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

777
Kongsi :
Previous post Pengamal media perlu cipta semula ekosistem pengoperasian menuju IR 4.0
Next post Deklarasi Melaka 2022
Ubah saiz-+=