Mekanik maut nahas pokok tumbang

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

REMBIA 18 Julai – Mekanik maut akibat parah di kepala selepas motosikal ditunggang merempuh sebatang pokok tumbang di Jalan Bukit Antu, di sini, jam 7.20 pagi tadi.

Kemalangan sama turut menyebabkan penunggang dan pembonceng sebuah motosikal lain bekerja sebagai pemandu serta kelindan lori cedera selepas merempuh pokok berkenaan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, pemunggang yang maut dikenali sebagai Kamarul Zaini Puteh, 44, disahkan maut dilokasi kemalangan.

Arshad berkata, kemalangan membabitkan dua buah motosikal Yamaha 125ZR dan ketika kejadian kedua-dua kenderaan itu dalam perjalanan dari arah Pekan Rembia menghala ke Ayer Hitam, Lendu.

Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila mekanik melalui lokasi itu lebih awal melanggar sebatang pokok tumbang yang melintangi jalan.

“Susulan perlanggaran itu mangsa kemudian tercampak keatas jalan raya.

“Sementara itu sebuah lagi motosikal dinaiki dua lelaki masing-masing berusia 26 dan 23 tahun turut melanggar pokok tersebut lalu terjatuh,” katanya.

Katanya, pemandu dan kelindan lori berkenaan yang cedera dibahu dan kaki kemudian dihantar ke Hospital Alor Gajah bagi mendapatkan rawatan lanjut, manakala mekanik yang maut dihantar je jabatan forensik hospital sama bagi proses bedah siasat.

“Kedua-dua motosikal terbabit kini ditahan untuk dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) untuk tindakan lanjut selain kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

9243
Kongsi :
Previous post Lelaki bakar isteri hingga mati didakwa di mahkamah
Next post Jualan Agro Madani tangani kos sara hidup, tingkat pendapatan usahawan – FAMA
Ubah saiz-+=