
Melaka akan berbincang teruskan bekalan air bersih Negeri Sembilan
AYER KEROH 11 Dis. – Kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan mengenai perjanjian bekalan air bersih tambahan daripada Negeri Sembilan.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali berkata, perbincangan itu akan diadakan bersama Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) dan Badan Kawal Selia Air (BKSA).
“Ianya akan dibincang,” katanya ringkas ketika diminta mengulas mengenai perjanjian bekalan air bersih antara Melaka dan Negeri Sembilan yang tamat pada 31 Disember ini.
Beliau berkata demikian pada sidang media pada hari terakhir Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga, Dewan Undangan Negeri Melaka Ke 14, hari ini.
Media semalam melaporkan, Kerajaan Negeri Sembilan menerusi Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) sedia untuk menyambung perjanjian membekal air bersih tambahan kepada Melaka menerusi SAMB.
Views:
Related

Berita Lain
WRUR DUN ASAHAN: 125 MURID ISTIMEWA TEROKAI KEPENTINGAN AIR MENERUSI EXPLORACE ANAK SYURGA
ASAHAN 5 April - Seramai 125 anak istimewa sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menyertai program Explorace Anak Syurga: Jejak...
MELAKA NAFI CATU AIR, BEKALAN MASIH STABIL
AYER KEROH 5 April - Kerajaan Negeri menafikan sebarang pelaksanaan catuan air seperti yang tular di media sosial baru-baru ini...
SITI NAJIHA ‘TERANGI’ HIDUP OKU
ASAHAN 5 April - Kehilangan upaya penglihatan sejak usia enam tahun dan bergelar Orang Kurang Upaya (OKU) bukan penghalang buat...
DUN AYER LIMAU FOKUS RUMAH MAMPU MILIK, BAWAH RM250,000
AYER LIMAU 5 April - Projek rumah mampu milik di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau menjadi keutamaan dalam...
MELAKA BILA LARUT MALAM ‘MAGNET’ PELANCONGAN
TELOK MAS 5 April – Program Melaka Bila Larut Malam terus mendapat sambutan hebat apabila secara purata merekodkan kehadiran lebih...
MELAKA BUAT RONDAAN PASTIKAN TIADA KENAIKAN MELAMPAU HARGA BARANG
KESIDANG 5 April - Kerajaan Negeri akan memperhebat pemantauan dan rondaan secara harian bagi memastikan harga barangan kekal terkawal meskipun...

