Melaka anjur Santai Seni setiap bulan

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

BANDA HILIR 17 Februari – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) akan menganjurkan aktiviti Santai Seni pada setiap bulan di negeri ini.

Pengurus Besar PERZIM Erne Hamsah berkata, program tersebut merupakan cetusan idea Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang mahukan aktiviti seni secara santai diadakan di Negeri Melaka yang juga Bandaraya Warisan Dunia.

Menurut beliau, program tersebut akan diadakan pada minggu ketiga setiap bulan sehingga Disember tahun ini.

“Aktiviti ini akan diadakan secara penggiliran melibatkan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT), agensi atau pertubuhan berkaitan.

“Saya berharap pihak-pihak berkaitan seperti kumpulan pelukis dan IPT di negeri ini dapat memeriahkan lagi aktiviti pengembangan seni di Melaka melalui pelbagai penganjuran program yang boleh dibuat secara bersama.

“Saya juga menjemput pelukis-pelukis Negeri Melaka supaya menggiatkan semula peranan asal Galeri Seni Rakyat di Banda Hilir untuk mempamerkan karya-karya anak seni Melaka khasnya,” katanya.

Img 20240217 140734 527
PENGURUS Besar PERZIM Erne Hamsah. Foto Iqmal Haqim Rosman

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Semarak Seni 2024 @Muzium Melaka Sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) di Muzium Sejarah dan Etnografi, di sini, hari ini.

Majlis tersebut telah dirasmikan Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, merangkap Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah II PERZIM Datuk Zaidi Attan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

257
Kongsi :
Previous post Sinar baharu hoki Melaka
Next post Melaka tuan rumah Hari Belia Negara – KM
Ubah saiz-+=