Melaka bakal perkenal ‘farming mapping’

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

ALOR GAJAH 5 Mei – Kerajaan Negeri bakal memperkenalkan pertanian berjadual atau ‘farming mapping’ sebagai usaha menangani lambakan hasil pertanian sekaligus mengelak petani daripada menangung kerugian.

Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Dr Muhammad Akmal Saleh berkata, ia susulan terdapat isu aduan diterima pihaknya mengenai lambakan sayur yang tidak dapat dipasarkan pada musim tertentu.

“Di Melaka kita akan mulakan ‘farming mapping’ untuk memastikan semua petani di dalam negeri ini dapat bertani mengikut jadual yang ditetapkan ini supaya isu lambakan hasil pertanian dapat dikurangkan.

“Jika ini berjaya, insya-Allah kita boleh mengurangkan risiko lambakan hasil pertanian pada masa sama ia boleh mengawal harga supaya tidak jatuh dengan teruk sekali.

“Selain itu rakyat juga boleh tahu lokasi kebun sayur yang akan keluarkan hasil dan mereka boleh membeli secara terus di kebun,” katanya.

Mengulas mengenai isu lambakan terung yang berlaku, Dr. Muhamad Akmal berkata, pihaknya akan meminta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk membeli semua hasil terung dengan harga yang agak tinggi berbanding ditawarkan pemborong selain akan dijual di pasar tani dengan harga rendah dari pasaran.

“Jadi rakyat boleh beli terung dengan harga yang rendah manakala petani boleh jual dengan harga yang tinggi sedikit daripada pemborong,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2191
Kongsi :
Previous post Wanita hamil 5 bulan mengidam naik ‘kuda putih’
Next post Pekerja kilang didakwa bunuh pesara
Ubah saiz-+=