Melaka ‘juara’ vaksin kanak-kanak

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

AYER KEROH 14 Feb – Melaka menduduki tempat pertama kadar vaksinasi kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun mengikut data yang dikeluarkan hari ini.

Mengikut portal COVIDNOW, Melaka merekodkan kadar vaksinasi tertinggi iaitu 11.7 peratus, diikuti Sarawak 10.5 peratus dan Lembah Klang 10.2 peratus.

Perkara itu turut dikongsikan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka di laman Facebook rasminya.

“Tahniah Orang Melaka!!!!! Orang Melaka memang ‘steady’ nombor 1.

“Tahniah dan Syabas kerana memilih untuk memberikan hak pelindungan vaksin kepada anak anak,” kata kenyataan itu.

DATA terkini yang dimuat naik portal COVIDNOW.

Untuk rekod, Program Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak (PICKids) di Melaka masih berlangsung di tujuh buah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) iaitu tiga di Melaka Tengah dan masing-masing dua di Jasin dan Alor Gajah.

PPV bagi PICKids di daerah Melaka Tengah ialah di KipMall, Melaka Mall dan Encore, manakala di daerah Alor Gajah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu dan JAPERUN Lendu.

Di daerah Jasin pula membabitkan PPV Pusat Polis Jasin dan Dewan Datuk Ahmad Ithnin Merlimau.

Selain itu, tiga buah hospital di negeri ini turut dijadikan lokasi tambahan pusat pemberian vaksin bagi kanak-kanak.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1095
Kongsi :
Previous post Wanita rugi RM10,320, terperdaya iklan iPhone murah di Instagram
Next post Melancong tanpa gelembung pelancongan perlukan penelitian – Nancy
Ubah saiz-+=