Melaka lancar Tabung Kemanusiaan Mangsa Gempa Bumi Turkiye dan Syria

Masa Membaca:54 Saat

SERI NEGERI 17 Februari – Kerajaan Negeri Melaka melalui Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan melancarkan Tabung Kemanusiaan Mangsa Gempa Bumi Turkiye dan Syria bagi mengumpul kutipan sumbangan daripada orang ramai.

Pejabat Ketua Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, tabung itu dibuka sebagai tanda keprihatinan bagi meringankan beban mangsa-mangsa yang terkesan dalam insiden 6 Februari lalu.

Menurut kenyataan itu, kempen sumbangan berkenaan dibuka bermula pada 16 Februari sehingga 31 Mac 2023.

Sumbangan berkenaan boleh dibuat menerusi akaun bank: Bendahari Negeri Melaka, 554026000401 (Maybank, Jalan Hang Tuah, Melaka).

“Kerajaan Negeri Melaka mengalu-alukan orang ramai, agensi, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan, anak-anak syarikat Kerajaan serta badan korporat untuk turut menyalurkan sumbangan kepada tabung ini.

“Sumbangan yang dibuat juga adalah layak dituntut sebagai potongan cukai pendapatan di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.

“Bagi tujuan rekod dan pengeluaran resit, sila nyatakan butiran sumbangan melalui pautan: https://forms.gle/fKLo5JUE45VPu2MB9,” kata kenyataan itu.

FB_IMG_1676596843191

Kenyataan itu turut memaklumkan sebarang pertanyaan lanjut berhubung tabung kemanusiaan berkenaan boleh dikemukakan melalui emel kepada: [email protected].

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1919
Kongsi :
Previous post Tak perlu inisiatif baharu sebaliknya tambah baik mutu perkhidmatan bas
Next post MATTA Melaka jalin kerjasama dengan tujuh Persatuan Pelancongan Selatan Thailand
Ubah saiz-+=