Melaka negeri pertama adaptasi aplikasi STEP

Masa Membaca:2 Minit, 10 Saat

AYER KEROH, 21 Sept – Melaka menjadi negeri pertama menggunakan aplikasi School Transformation e-Platform (STEP) bagi kemudahan sistem perniagaan koperasi sekolah termasuk pentadbiran pengurusan sekolah.

Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Melaka, Mohd Firdaus Shaari berkata, aplikasi itu dibangunkan oleh Koperasi Perkhidmatan Pelajaran Nasional (KOPENAS) dan vendornya, VX Ventures Sdn Bhd bagi diguna pakai oleh sekolah menengah yang mempunyai koperasi di negeri ini.

Katanya, aplikasi berkenaan bukan sahaja menyediakan infrastuktur aktiviti koperasi sekolah namun turut mengaplikasikan struktur perkhidmatan serta urus tadbir pengerusan sekolah.

“STEP mengandungi tujuh ciri utama iaitu, e-commerce, maklumat, user data, survey, e-news, school events dan donation namun aplikasi ini didaftarkan atas nama koperasi sekolah.

“Menerusi e-commerce adalah khusus untuk
penggunaan koperasi sekolah termasuk mengandungi elemen stok inventori, pengurusan tunai, ‘turn over‘ , rekod belian atau jualan yang boleh direkodkan secara atas talian melalui aplikasi,” katanya ketika dihubungi di pejabatnya, di sini.

Terdahulu, majlis pelancaran aplikasi itu diadakan secara maya menerusi atas talian yang turut dihadiri Pengerusi VX Ventures Sdn Bhd, Yang Mulia Tengku Aaran Mohamed Tunku Mu’tamir, Pengerusi Koperasi Perkhidmatan Pelajaran Nasional Berhad (Kopenas), Jumat Mat Lani dan Pengarah Bank Simpanan Nasional (BSN) negeri, Mohd Hairol Izam Abu Bakar.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Melaka, Azmi Osman.

Mengulas lanjut, Mohd Firdaus berkata, berda-
sarkan statistik terdapat 82 koperasi sekolah berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993 dengan keanggotaan seramai 53,819 ahli terdiri daripada pengetua dan tenaga pengajar, kakitangan dan pelajar.

“Modal syer terkumpul bagi 82 sekolah adalah sebanyak RM960,952 dengan jumlah aset yang direkodkan lebih RM16 juta.

“Jumlah perolehan dicatatkan bagi tahun kewangan berakhir Disember 2020 oleh 82 sekolah adalah sebanyak RM8.6 juta,” katanya.

Beliau berkata, daripada 82 koperasi ini, sebanyak 35 koperasi bersetuju untuk menyertai bagi melanggan aplikasi terbabit.

“Pihak VX Ventures Sdn Bhd Bersama KOPENAS melalui SKM telah melaksanakan dua siri penerangan secara fizikal, empat secara atas talian bermula April lalu melibatkan 68 koperasi sekolah.

“Daripada jumlah itu, 35 sekolah berminat untuk menyertai program itu sekaligus mendaftar sebagai operator kepada aplikasi berkenaan.

Mohd Firdaus berkata, penyediaan aplikasi ini
adalah merupakan langkah strategik yang terkandung dalam Pelan Transformasi Koperasi Malaysia 2021-2025 (TransKoM 2021-2025)

“Menurut tujahan keempat TransKoM 2021-
2025, iaitu menyediakan ekosistem yang kondusif bagi pembagunan perniagaan koperasi melalui pembangunan adaptasi teknologi berstruktur dengan kerjasama pihak industri.

“Sehingga Jun 2021, SKM menyalurkan bantuan dan pembiayaan berjumlah RM792,122 kepada koperasi sekolah.

“Justeru, saya berharap pihak koperasi dengan
kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri dan pengurusan sekolah dapat memaksimumkan potensi dengan menggunakan peluang yang disediakan oleh SKM,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2129
Kongsi :
Previous post SKM salurkan peruntukan menerusi tiga program di bawah PEMULIH
Next post Melaka, Genting Highlands dan Pulau Tioman bakal dibuka kepada pelancong
Ubah saiz-+=