
Melaka tunai janji laksana 58 inisiatif dalam 100 hari pentadbiran
SERI NEGERI 11 Mac – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali mengumumkan kesemua 58 inisiatif yang dijanjikan dalam tempoh 100 hari pentadbiran berjaya dicapai.
Katanya, pencapaian 100 peratus itu dicapai sejak mentadbir negeri bermula 21 Nov hingga 28 Feb lalu.
Beliau berkata, pencapaian itu direalisasikan hasil sumbangan pelbagai pihak termasuk barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, penjawat awam dan swasta serta rakyat Melaka sendiri yang memberi sokongan.
“Kesemua 58 inisiatif ini terkandung dalam lima teras yang dijanjikan yang mana kita sudah laksanakan dan ada juga yang masih berjalan, selain ada yang telah diluluskan secara dasar.
“Kesemua pencapaian ini membuktikan betapa serius dan komitednya kerajaan negeri dalam melunaskan kesemua tawaran 100 hari seperti yang dijanjikan kepada rakyat sebelum ini.
“Jadi kepada pihak yang bertanyakan tentang apa yang telah dilakukan pentadbiran kerajaan negeri, inilah yang telah kita bukti dan laksanakan. Janji ditepati, janji mesti dilunaskan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pencapaian 100 Hari Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka Dan Pelancaran Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya 2035 (PSMJ 2035) versi 2 di Auditorium Seri Negeri, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BN MAHU ‘BIRUKAN’ EMPAT DUN DALAM PARLIMEN HANG TUAH JAYA – RIDHWAN
AYER KEROH 21 Oktober - Barisan Nasional (BN) menyasarkan kemenangan di kesemua empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah...
SORAKAN TAK RUNTUHKAN BUKIT, JENTERA BN JANGAN LEKA
AYER KEROH 21 Oktober - Barisan Nasional (BN) Melaka mengingatkan seluruh jentera parti supaya tidak leka dengan sorakan dan semangat...
RAKYAT MAHU PEMIMPIN BEKERJA, BUKAN SEKADAR TABUR JANJI
AYER KEROH 21 Oktober - Rakyat hari ini semakin matang menilai kepimpinan dan tidak lagi mudah terpengaruh dengan janji manis,...
ORANG BERI AMBIL, UNDI SIAPA ITU HAK RAKYAT
AYER KEROH 20 Oktober - Rakyat bebas menerima sumbangan daripada mana-mana pihak menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16, namun...
‘SAYA MAHU JADI PULAU, WALAU DIPUKUL BADAI TIDAK HANYUT KE PANTAI’ – AB RAUF
AYER KEROH 20 Oktober - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menegaskan pendiriannya untuk terus...
TARIKH UMUM CALON BN MELAKA DITETAPKAN SEMULA
AYER KEROH 20 Oktober - Tarikh sebenar pengumuman calon Barisan Nasional (BN) akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka...
