
Menara Taming Sari tawar diskaun 50 peratus sempena pembukaan semula
AYER KEROH 12 Jun – Menara Taming Sari memberikan tawaran istimewa buat pengunjung sempena pembukaan semula menara berkenaan, esok.
Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, semua pengunjung yang berminat menaiki menara berkenaan pada esok (13 Jun) dan lusa (14 Jun) bakal menerima potongan harga tiket sebanyak 50 peratus.
Ia menjadikan harga tiket berkurangan menjadi RM8.50 sahaja untuk dewasa dan RM5.50 untuk kanak-kanak berbanding harga asalnya RM17 dan RM11.
“Berita baik untuk semua pelanggan! Menara Taming Sari akan kembali beroperasi pada 13 Jun 2020. Promosi istimewa untuk anda potongan harga 50 peratus untuk semua pelanggan pada 13 dan 14 Jun 2020. Jom naik Menara dan nikmati tawaran diskaun istimewa ini,” kata kenyataan berkenaan.
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Menara Taming Sari akan dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 11 malam.
Untuk rekod, Menara Taming Sari ditutup selama hampir tiga bulan bermula 18 Mac lalu ekoran daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan penularan pandemik Covid-19 yang melanda dunia.
Views:
Related


Berita Lain
SORAKAN TAK RUNTUHKAN BUKIT, JENTERA BN JANGAN LEKA
AYER KEROH 21 Oktober - Barisan Nasional (BN) Melaka mengingatkan seluruh jentera parti supaya tidak leka dengan sorakan dan semangat...
RAKYAT MAHU PEMIMPIN BEKERJA, BUKAN SEKADAR TABUR JANJI
AYER KEROH 21 Oktober - Rakyat hari ini semakin matang menilai kepimpinan dan tidak lagi mudah terpengaruh dengan janji manis,...
ORANG BERI AMBIL, UNDI SIAPA ITU HAK RAKYAT
AYER KEROH 20 Oktober - Rakyat bebas menerima sumbangan daripada mana-mana pihak menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16, namun...
‘SAYA MAHU JADI PULAU, WALAU DIPUKUL BADAI TIDAK HANYUT KE PANTAI’ – AB RAUF
AYER KEROH 20 Oktober - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menegaskan pendiriannya untuk terus...
TARIKH UMUM CALON BN MELAKA DITETAPKAN SEMULA
AYER KEROH 20 Oktober - Tarikh sebenar pengumuman calon Barisan Nasional (BN) akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka...
‘NAK JADI WAKIL RAKYAT, JANGAN TIBA-TIBA TURUN DARI LANGIT’
AYER KEROH 20 Oktober - Sesiapa sahaja yang mahu menjadi wakil rakyat tidak boleh hanya muncul ketika pilihan raya untuk...
