Menteri Agama sah pulih daripada COVID-19

Masa Membaca:1 Minit, 40 Saat

KUALA LUMPUR 14 Okt. – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah disahkan pulih sepenuhnya daripada COVID-19.

Zulkifli dalam satu kenyataan di laman Facebook hari ini berkataΒ beliau telah dibenarkan keluar dari wad pada petang ini selepasΒ disahkan positif wabak itu padaΒ 5 Okt lepas.

β€œAlhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua.

β€œSelawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga Hari Kebangkitan…Segala puji bagi Allah yang mana dengan nikmatnya sempurna segala kebaikan,” katanya.

Walau bagaimanapun, beliauΒ berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)Β telah menasihatinya untukΒ berehat di rumah sehingga selesai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula hari ini sehingga 27 Okt depan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.

Zulkifli berkata buat masa ini beliau disaranΒ untuk tidak bertemu sesiapaΒ namun memberitahu pihak yang mahu berhubung dengannya boleh berbuat demikian melaluiΒ sidang video sahaja.

β€œSaya akan terus memantau semua gerak kerja dan laporan agensi-agensi agama di bawah tanggungjawab saya dari rumah…Apa-apa makluman umum akan disampaikan melalui media sosial saya,” tambahnya.

Memandangkan PKPB baharu sahaja bermula, ZulkifliΒ seterusnya berkata fokus utamanya pada masa ini adalahΒ untuk menyalurkan bantuan secepat mungkinΒ kepada kelompok sasar khususnya di Kuala Lumpur, PutrajayaΒ dan Selangor.

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu pada masa samaΒ berterima kasih kepada Perdana MenteriΒ Tan Sri Muhyiddin Yassin, ahli jemaah menteri dan para ulama dunia yang menghantar pesanan mesej kepada beliau selain menghargai setiap doa dititipkan oleh rakyat Malaysia kepadanya.

β€œTidak lupaΒ (terima kasih) kepada Menteri Kesihatan, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dan warga KKM khususnya di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban,” katanya.

Selain itu, beliau juga berdoa kepada rakyat Malaysia yang dijangkiti COVID-19 agar segera sembuh seterusnya dapat kembali menjalani kehidupan bersama keluarga tercinta.

β€œSemoga Allah SWT melimpahkan kebaikan, keberkatan dan keharmonian kepada Malaysiaku yang tercinta….Moga perpaduan kita rakyat Malaysia terus terpelihara…Sentiasa ingat pepatah lama, β€˜carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga’,” katanya.

— BERNAMA

Views:

986
Kongsi :
Previous post Ikan masin air tangan Kiah rebutan pesakit darah tinggi
Next post COVID-19: 660 kes baharu hari ini, empat kematian turut direkodkan