MHI, MTA agih 800 bekas bubur lambuk

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

AYER KEROH 26 April – Persatuan Pelancongan Melaka (MTA) dengan kerjasama Melaka Hari Ini (MHI) menyumbangkan 800 bekas bubur lambuk kepada pengunjung di Pasar Raya Mydin MITC, hari ini.

Presiden MTA, Madelina Kuah berkata penganjuran program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu membuktikan kerjasama erat antara pihaknya dan MHI sebagai agensi media rasmi Melaka.

“Ini tahun kedua kerjasama kita dengan MHI, semuanya berjalan dengan lancar dan kita harapkan tahun hadapan akan diteruskan lagi program sebegini.

“Kali ini MTA menaja 800 bekas bubur lambuk untuk diagihkan kepada pengunjung pasar raya ini yang datang untuk membeli barangan bagi membuat persediaan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi,” katanya kepada MHI selepas Program Agihan Bubur Lambuk Nur Ramadan, MHI dan MTA di sini, hari ini.

Program itu disempurnakan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali.

Hadir sama Setiausaha Akhbar Ketua Menteri Melaka, Nasharuddin Muhammad, Ketua Pegawai Eksekutif MHI, Datuk Seri Abdul Jalil Hamid; Ketua Pegawai Operasi MHI, Anuar Shaari dan Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan Melaka, Saari Basiron.

Beliau berkata, MTA bercadang untuk menganjurkan pelbagai lagi program bersama MHI bagi mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua agensi.

“MHI sangat proaktif dan kita sangat teruja atas kerjasama ini, kita akan anjurkan pelbagai lagi program lain bersama selepas ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

905
Kongsi :
Previous post MSSB kongsi rezeki bersama pemandu teksi dan kereta sewa
Next post UTeM hulur sumbangan kepada pelajar B40
Ubah saiz-+=